Belon udara panas kembali lagi di Putrajaya


Pesta Belon Udara Panas Antarabangsa kali kedua yang bakal berlangsung di Putrajaya pada Mac ini dijangka menarik lebih 100,000 pengunjung ke Putrajaya. Pesta berkenaan akan berlangsung selama 4 hari mulai 18 hingga 21 Mac ini . Pesta ini adalah antara acara besar bagi tahun ini yang bakal mempromosikan negara di mata dunia.

Pesta ini adalah satu usaha menarik seramai mungkin pengunjung terutamanya pelancong luar negara untuk datang ke negara ini dan menjadikan Putrajaya sebagai destinasi percutian tetap dan mesti dikunjungi mereka.

Bagi memeriahkan lagi acara ini nanti, pihak Perbadanan Putrajaya akan menyediakan lima belon udara panas kepada orang ramai yang ingin merasai pengalaman menarik menaiki belon udara iaitu pada jam 8 pagi hingga 11 pagi dan pada jam 6 petang hingga 9 malam.Yang pasti,acara ini sememangnya dinanti-nanti oleh orang ramai.

Orang ramai pasti tidak mahu melepaskan peluang untuk melihat panorama belon udara yang cantik dan juga peluang untuk merasai sendiri pengalaman belon tersebut yang sememangnya sukar diperolehi. Jadi tak mustahil sekiranya orang ramai berpusu-pusu datang semata-mata tidak mahu mensia-siakan peluang tersebut.

Pada kali ini objektif pesta terbabit adalah untuk mempromosikan kepelbagaian kaum dan budaya di Malaysia selain mengetengahkan Putrajaya sebagai pusat pelancongan.Ini semestinya bersesuaian dengan tema 1 Dunia, 1 Malaysia, 1 Pesta. Diharapkan acara dapat menonjolkan keunikan dan keharmonian masyarakat negara ini kepada pengunjung luar.

Lokasi Putrajaya yang sangat strategik dan menarik menjadi faktor kepada penganjuran pesta belon udara panas itu.Ini kerana terdapat banyak kawasan lapang di Putrajaya dan ini memudahkan belon melakukan pendaratan terutamanya apabila berlaku kecemasan.

Pemandangan menarik dan keadaan geografi di sini membolehkan orang ramai melihat belon panas ketika dilepaskan di udara

Pesta terbabit adalah anjuran Perbadanan Putrajaya, Persekutuan Sukan Udara Malaysia (MSAF) dan AKA Ballon Sdn Bhd. Sebanyak 23 belon panas yang akan dibawa dari 12 negara antaranya, Amerika Syarikat, Jepun, Perancis, New Zealand termasuk Malaysia.

PESTA Belon Udara Putrajaya 2009 yang telah diadakan di kawasan letak kereta Monumen Alaf Baru, Presint 2, Putrajaya pada tahun lepas telah mendapat reaksi dari orang ramai yang diluar jangkaan. Pada tahun ini acara belon udara dijangka akan mendapat reaksi yang sama dari orang ramai.

Yang lebih menarik minat pengunjung adalah pertunjukan yang menampilkan pelbagai jenis belon udara panas termasuk berbentuk burung merak, badut, kepala gajah dan cawan.Reka bentuk belon-belon ini sememangnya memukau mata memandang.

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web ini : http://www.myballoonfiesta.com

Hubungan Seks Sebelum Kahwin?

Kasihan dan sedih betul, muda-muda, cantik-cantik, bijak-pandai, molek-molek pakaiannya tetapi kalau kalau disingkap sejarah hitam, rata-rata pernah melakukan hubungan seks sebelum kahwin. Sedangkan kes terbaru zina, melibatkan seorang ustazah….ulang suara. USTAZAH!!! Ustazah bertudung labuh lagi yang berkelulusan dalam bidang agama dari sebuah universiti di Timur Tengah, sebelum ini mengajar di sebuah masjid dan sebuah sekolah rendah di Kota Tinggi, Johor.

Sedangkan ustazah yang ada ilmu agama yang tinggi dan mempunyai perwatakan yang baik, inikan pula pasangan kekasih muda yang masih mentah lagi berhingus, yang masing-masing dahagakan kasih sayang dan belaian. Inilah yang dinamakan kalau bertuankan nafsu. Nak tahu macam mana Ustazah ini boleh kena kantoi????

Maaf memang saya tak sediakan cerita-cerita lengkap sebegitu di sini. Boleh semak Berita Harian Metro atau pun “adik” kepada Harian Metro, Kosmo Online. Mereka ini selalu ke depan dalam cerita-cerita panas sebegini. Memang lengkap cerita panas mereka!! Tidak mengapa, kita abaikan kisah zina ustazah itu. Sekarang kita tumpukan dengan isu perbuatan hubungan seks sebelum kahwin.

Berkaitan dengan topik ini, saya suka ingin menyarankan anda semua melihat semula rakaman siaran rancangan Wanita Hari Ini (WHI) yang bertarikh 24 Februari 2010. Saya mendengar sendiri pengakuan kedua-kedua mangsa. Mangsa ker???? Hai….kesian anak gadis sekarang. Kedua-kedua gadis yang masih muda ini mengakui, salah satu penyebab utama mereka tewas di tangan pasangan lelaki mereka yang menabur janji-janji manis kepada si gadis. Si gadis pulak cepat terlentok bila mendengar janji si jantan tu nak mengahwini si gadis tersebut. Tidak kisahla…si jantan keparat tu masih bujang lagi ker, sudah bersuami lagi ker.

Si jantan pulak mengambil kesempatan dengan melakukan hubungan seks sebelum kahwin. Saya setuju dengan pendapat Encik Yahya Mohamad (Pengerusi Pusat Perlindungan Remaja-KEWAJA) yang mengatakan si gadis ini sebenarnya KELIRU dalam menunjukkan atau mentafsirkan cinta dan kasih sayangnya kepada teman lelakinya. Memang betul pun. Lebih-lebih lagi gadis yang baru sahaja mengenali apa itu kemanisan bercinta dan tiada pengalaman bercinta sebelum ini.

“Lelaki yang minta BUKTI cinta, adalah lekaki yang DAYUS. Sepatutnya teman lelaki itu perlu MEMBUKTIKANNYA & bukannya MINTA BUKTI kepada teman wanita di samping menjadi pelindung”

P/S : Lebih membimbangkan, segelintir mereka berbangga dengan status itu dan beranggapan remaja yang masih dara dan belum merasai sendiri hubungan seks sebelum kahwin sebagai kelompok ketinggalan zaman. Erm…………..

PP/S: Yang sudah bersuami, janganla…pula berkongsi masalah dengan rakan lelaki. Jangan sesekali. Ini kerana kebanyakan lelaki bukannya membantu menyelesaikan masalah, tetapi lebih suka mengambil kesempatan dengan peluang yang dibuka sendiri oleh si wanita. Bukannya masalah boleh selesai atau reda, tetapi masalah yang lain bakal muncul.

Sumber : http://www.beritasemasa.com

Lepas Halimah Jongang, sambung pula Fatimah Juling, apa erti semua ini?


Aku sangat terbuka dalam bab-bab kreatif ini kerana tidak mahu dianggap kolot dan ketinggalan zaman

tetapi aku juga berpendapat, kreatif bukanlah alasan untuk kita melakukan apa saja sehingga boleh menjatuhkan maruah orang

drama Halimah Jongang sekarang ini meletup-letup dalam Astro, kononnya mempunyai rating atau jumlah penonton yang tinggi

tetapi walauapapun alasan, ia sebenarnya lebih banyak menjatuhkan maruah daripada membela nasib mereka yang tergolong dalam golongan ‘jongang’ ini

semalam seorang teman memberitahu kisah sedih yang berlaku di kawasan rumahnya

di situ ada sebuah sekolah rendah, jadi setiap kali menjelang petang, riuhlah kawasan itu dengan gelak ketawa dan senda gurau kanak-kanak yang mahu pulang dari bersekolah

kebetulan di sekolah itu ada seorang murid perempuan Tahun Tiga yang mempunyai gigi yang agak jongang

sejak itu, setiap kali pulang dari kelas, pelajar perempuan ini akan diejek beramai-ramai

” Halimah Jongang…ha ha ha halimah jongangggggggggg,” kata mereka sambil menyanyikan lagu tema drama berkenaan

dan setiap kali itu jugalah pelajar perempuan ini akan tunduk malu sambil berjalan dengan tanpa melihat kiri dan kanan

ini kisah benar beb!

jadi aku tak faham bagaimana penerbit drama, A. Aida boleh bagitahu Minggu Malaysia baru-baru ini yang drama 13 episod itu sepatutnya mendapat pujian ramai kerana ia membawa tema yang menarik, astaga!

A. Aida juga mendakwa dia mendapat reaksi positif daripada mereka yang bergigi jongang kerana drama itu berjaya mengangkat keyakinan diri masing-masing

“Saya mendapat sokongan penuh daripada insan-insan yang bergigi jongang kerana mereka merasakan lebih yakin untuk berhadapan dengan masyarakat.

“Malah ada juga yang sebelum ini susah nak senyum di depan orang ramai sudah boleh tersengih dan tidak lagi malu dengan kecacatan itu. Ia merupakan sesuatu yang baik kerana mengangkat maruah mereka.

“Saya juga ada terima SMS daripada peminat yang mengaku selama ini dia susah nak buka mulut tetapi selepas Halimah Jongang, dia rasa macam hari-hari nak buka mulut,” jelasnya yang sekaligus memberitahu menempah gigi palsu untuk watak itu dengan kos RM5 ribu

dan yang bestnya, mungkin di atas kejayaan Halimah Jongang, A. Aida menerbitkan pula drama bersiri berjudul Fatimah Juling, ishkkk!!

bagi aku A. Aida boleh bagi sejuta alasan untuk menjustifikasikan tindakannya menghasilkan Halimah Jongang dan Fatimah Juling

cuma aku nak dia jawab satu soalan saja, agak-agaknya apa perasaan A. Aida kalau dia sendiri ditakdirkan Tuhan bergigi jongang dan bermata juling seperti mana drama terbitannya?

Itu je soalannya, kalau senang tolong jawab.

Sumber : http://syahrilkadir.wordpress.com

Kedudukan Sebenar Indeks Rasuah di Malaysia

Nampak prestasi untuk indeks rasuah di Malaysia mencapai kedudukan yang menghampakan. Bukan semakin baik, tetapi jatuh satu tangga ke tangga yang lain. Rasanya sudah bermacam-macam kaedah dan dasar yang dilaksanakan oleh kerajaan Malaysia dengan harapan untuk memperbaiki tahap indeks rasuah di Malaysia. Hasilnya? Malaysia dilihat sebagai lebih korup daripada sebelumnya hasil kajian oleh Transparency International untuk tahun 2009. Di manakah silapnya?

Adakah ini standard yang kita ada? Indeks rasuah di Malaysia adalah di kedudukan 56 daripada 180 negara di dunia dengan hanya mencapai nilai skor 4.5 daripada 10 berbanding kedudukan pada tahun sebelumnya iaitu pada tangga 49 dengan nilai skor 5.1. Semakin rendah skor yang diperolehi, semakin rendah pencapaian sesebuah negara dalam mengawal kegiatan rasuah. Kita dilihat sama sahaja label dan sebaris dengan negara-negara seperti Namibia, Samoa, Latvia dan juga Slovakia. Apa yang boleh kita banggakan?

Lima negara seperti Switzerland, Sweden, Singapura, Denmark dan juga New Zealand masih mengunguli kedudukan antara negara yang paling bersih dan berprinsip dalam menangani rasuahnya. Somalia masih kekal sebagai negara paling korup di dunia, diikuti oleh Afghanistan, Myanmar, Sudan dan Iraq, Transparency International berkata dalam Indeks Persepsi Rasuah tahunan.



Dalam pada masa yang sama Transparency International Malaysia (TIM) melalui presidennya, Datuk Paul Low mengiktiraf usaha Malaysia dalam menangani rasuah walaupun ranking indeks persepsi rasuah negara tahun ini merosot.

Beliau berkata Transparency International Malaysia percaya satu-satunya cara bagi negara maju ke depan adalah dengan membanteras rasuah secara serius dan mempastikan keputusan dan transaksi kerajaan lebih ketara dan telus. Paul Low bagaimanapun mencadangkan agar kerajaan lebih telus dalam proses pemerolehan dengan melaksanakan ‘perjanjian integriti’ dengan pembekal untuk bertindak sebagai langkahpenghalang bagi mencegah rasuah.

P/S : Adakalanya kita menerima pengiktirafan daripada badan selidik dari negara luar, terus sahaja kita mendabik dada tanda bangga. Apabila kita menerima berita bahawa negara kini semakin jatuh daripada segi indeks rasuahnya, kita perlu menerima hakikatnya dan yang pentingnya berubah dan bertindak daripada sekarang. Tidak perlu menghukum seperti mana yang diterima perasuah-perasuah di China, cukup sekadar “jerung-jerung besar yang masih disimpan” dalam menjalankan kegiatan rasuah diambil tindakan segera dan sewajarnya.

Sumber : http://www.beritasemasa.com

Kadar Terbaru BLR Bank di Malaysia 2010


Akhirnya terjawab sudah kadar terbaru BLR Bank-bank di Malaysia, apabila sebelum ini kiita mendengar ura-ura yang mengatakan Bank Negara Malaysia (BNM) dijangka menaikkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetari yang telah diadakan pada 4 Mac lalu setelah mengekalkannya hampir setahun.

Keputusan telah pun dibuat oleh Bank Negara Malaysia (BNM) dengan menaikkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) sebanyak 0.25%. Secara matematiknya, apabila Kadar Dasar Semalaman (OPR) naik Kadar Pinjaman Asas (BLR) juga turut akan terkena tempias dan kesannya.

BANK tempatan menaikkan Kadar Pinjaman Asas (BLR) masing-masing semalam sejajar langkah Bank Negara Malaysia meningkatkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) sebanyak 0.25 peratus, Khamis lalu (4 Mac 2010). Mendahului senarai, Malayan Banking Bhd (Maybank) menyemak semula BLR daripada 5.55 peratus setahun ketika ini kepada 5.80 peratus setahun, berkuat kuasa hari ini (9 Mac 2010) Bank terbesar tempatan itu berkata, kadar pembiayaan Asas (BFR) Maybank Islamic Bhd, turut disemak semula daripada 5.55 peratus kepada 5.80 peratus. Presiden dan Ketua Eksekutif Maybank, Datuk Seri Abdul Wahid Omar,berkata semakan semula kadar faedah itu adalah berasaskan pelarasan dalam OPR. Sementara itu, CIMB Group mengumumkan peningkatan BLR dan BFR untuk CIMB Bank dan CIMB Islamic Bank sebanyak 25 mata asas daripada 5.55 peratus kepada 5.80 peratus, mulai hari ini (9Mac2010). “Ia dibuat susulan pengumuman kenaikan OPR oleh Bank Negara sebanyak 25 mata asas, Khamis lalu,” kata Ketua Eksekutif Kumpulan CIMBGroup, Datuk Seri Nazir Razak. Dalam pada itu, RHB Banking Group menyemak semula BLR bagi RHB Bank dan BFR bagi RHB Islamic Bank daripada 5.55 peratus kepada 5.80 peratus setahun, berkuat kuasa hari ini 9 Mac 2010). Hong Leong Bank Bhd dan Hong Leong Islamic Bank Bhd turut mengumumkan peningkatan BLR dan BFR kepada 5.80 peratus daripada 5.50 peratus berkuat kuasa esok (10 Mac 2010). Asian Finance Bank (AFB) pula menyemak BFRnya daripada 5.50 peratus kepada 5.75 peratus, mulai hari ini (9 Mac 2010)

Apabila BLR/BFR rendah, hutang kita akan jadi rendah. Ini akan menyebabkan rakyat berbelanja. Biasanya ini akan terjadi masa ekonomi negara tengah menguncup. Apabila BLR/BFR naik, hutang kita akan bertambah, ini akan menyebabkan rakyat akan lebih berjimat-cermat ketika berbelanja dan mula membuat simpanan.

Semakan Kadar Pinjaman Asas (BLR) setiap tahun :

Tahun/BLR 2010 – 5.80% 2009 – 6.50% ——> 5.55% 2008 – 6.75% ——> 6.50% 2007 – 6.75% 2006 – 6.00% 2005 - 6.00% 2004 – 6.00% 2003 – 6.50% 2002 – 6.50% 2001 – 6.75% 2000 – 6.75% 1999 – 8.00% 1998 – 10.50% ——> 12.27% 1997 – 9.25% 1996 – 8.50% 1995 – 6.60% 1994 – 8.25% 1993 – 9.50% 1992 – 9.00% 1991 – 7.50% 1990 – 7.00% 1989 – 7.00%

P/S : Kenaikan Kadar Dasar Semalaman (OPR) boleh dikatakan sejajar dengan perubahan visi semasa bank yang hanya menyasarkan peminjam -peminjam yang benar-benar berkualiti sahaja dan mampu menguruskan pinjaman yang telah dilakukan dengan baik. Masih ingat lagi kejatuhan teruk ekonomi USA dek kerana kes gadai janji suprima yang telah mereka laksanakan sehingga memakan diri sendiri?

PP/S : Mungkin itulah yang cuba dielakkan oleh Bank Negara Malaysia (BNM) atau ???

Sumber : http://www.beritasemasa.com

Kasihan muslimah bersalin dirawati doktor lelaki


TIDAK lama dulu, ketika mandi saya perasan ada bonjolan kecil di bahagian alat sulit saya. Serta-merta saya menjadi cemas, takut-takut saya menghidap penyakit bahaya.

Pada pandangan saya kes ini tidak sesuai di klinik biasa. Tempat paling layak adalah hospital. Bagaimanapun disebabkan kebimbangan terpaksa menanggalkan seluar bagi membolehkan doktor melakukan pemeriksaan, saya menangguh-nangguhkan pemergian ke hospital.

Selepas beberapa hari, akhirnya saya ke hospital juga. Saya diberi nombor dan kemudian menunggu di depan bilik rawatan. Apabila sedar doktor dalam bilik itu seorang wanit, saya pun bergegas ke kuanter pendaftaran, meminta supaya saya dirawat doktor lelaki.

"Saya ada masalah sakit tuan!" kata saya nekad kepada kerani pendaftaran. Dia tersenyum dan memberikankad giliran lain membuatkan saya 'rasa selamat sikit'.

Apabila tiba giliran, saya pun masuk dalam bilik rawatan, berdebar-debar, sambil berfikir apa yang hendak dibuat jika doktor berkenaan menyuruh saya menanggalkan seluar.

Selepas bertanya penyakit saya, doktor itu menyurah saya baring di atas katil dan dia kemudian menarik langsir.

"Buka seluar," suruhnya.

Dengan rasa malu yang amat sangat, saya pun menanggalkan seluar tetapi setakat lutut saja.

"Buka spender," perintah doktor itu selanjutnya.

Saya terlalu malu untuk melakukannya. Saya menekan-nekan ke arah benjolan itu seolah-olah memnita doktor itu memeriksanya tanpa perlu membuka seluar dalam.

Doktor itu mengeleng-geleng kepala, kemudian memakai sarung tangan dan meraba di tempat di mana saya berasa sakit.

"Selamatlah akhu kali ini," bisik hati saya.

Demikianlah betapa malu sebahagian daripada kita apabila menghadapi saat cemas seperti itu.

Dalam kes saya, sekalipun doktor yang melakukan rawatan adalah lelaki, ia sudah cukup membuatkan saya rasa malu, jadi terfikir oleh saya bagaimana pula perasaan wanita bersalin disambut dan diuruskan bayinya oleh doktor lelaki.

Sudah beberapa kes sampai ke pengetahuan saya, wanita terpaksa menebalkan muka sebelum, ketika dan selepas melahirkan anak kerana dia diperiksa doktor lelaki.

Malah ada wanita Islam mengadu doktor lelaki yang menjahit kemaluan, menyeluk tangan ke dalam peranakan mereka adalah di kalangan mereka yang bukan beragama Islam. Demikian juga ada wanita mengadu doktor pakar yang melakukan rawatan membabitkan anggota sulit seperti mencuci rahim adalah doktor lelaki bukan Islam.

Di sini kewibawaan kita sebagai umat Islam tercabar. Jika selama ini kita mendabik dada kononnya umat Islam di negara ini sudah maju dalam pelbagai bidang kehidupan, mengapa dalam menunaikan tuntutan fardu kifayah ini, kita ketinggalan.

Di manakah laungan pemimpin kita yang menekankan jihad ekonomi, jihad memajukan negara dan seumpamanya sedangkan masalah seperti ini masih berleluasa dalam masyarakat? Marilah kita bersama-sama berusaha keras mendidik anak bangsa kita, terutama yang perempuan agar semakin ramai menjadi doktor pakar perbidanan bagi memenuhi tuntutan fardu kifayah ini.

Sumber : Lanh14

Peminta sedekah... relevankah?


Peminta sedekah boleh dikatakan sebagai seseorang yang mempunyai kesempitan kewangan yang teramat sangat sehingga tidak boleh mengerjakan sebarang pekerjaan disebabkan oleh sesuatu yang menghalangnya seperti cacat dan sebagainya. Dalam Islam, bersedekah adalah sesuatu yang patut diamalkan malah dituntut kerana ia akan menbawa kebaikan terhadap seseorang yang bersedekah tersebut. Namun, kewujudan peminta sedekah ini menimbulkan persoalan…ke manakah perginya JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT yang diwar – warkan membantu golongan yang kurang upaya samada cacat mahupun kesempitan hidup.

Kewujudan sesetengah rumah – rumah kebajikan dalam membantu golongan yang kurang bernasib baik ini adalah hasil titik peluh sesetengah insan yang prihatin dan dermawan yang sudi mencurahkan wang ringgit mahupun keringat dalam membantu mereka. Perkara seperti ini sepatutnya disyukuri kerana terdapat insan sedemikian yang sudi membelanjakan hasil titik peluhnya kepada rumah kebajikan yang telah ditubuhkan. Oleh itu, perkara seperti meminta sedekah ini tidak sepatutnya wujud di dunia yang serba membangun ini.

Sepatutnya, peminta sedekah yang berada di jalanan tidak wujud lagi kerana rumah – rumah kebajikan telah banyak ditubuhkan untuk membantu golongan sedemikian. Ada yang mengatakan mereka ini memerlukan pelbagai dokumen untuk menetap di rumah – rumah tersebut. Jika begitu, apakah tujuan utama rumah kebajikan ditubuhkan? Adakah ingin memungut dokumen atau mengambil golongan yang kurang bernasib baik ini?

Ada pula yang mengatakan bahawa terdapat sindiket yang menjalankan kegiatan haram seperti meminta budak – budak meminta sedekah. Jika sindiket haram, mengapa pihak berkuasa tidak menjalankan dan menggunakan kuasa mereka untuk mengelakkan kegiatan haram ini daripada berleluasa? Jika diamati, kanak – kanak yang meminta sedekah rata – rata bukan kanak – kanak Malaysia tetapi pendatang yang tidak diketahui asal – usul. Ada yang dari Nepal, India dan sebagainya.

Bagaimanakah kiranya terdapat satu gerakan dalam membasmi golongan yang kurang bernasib baik ini dengan menjalankan gerakan mengambil mereka yang meminta sedekah di jalanan mahupun jejantas dan menghantar mereka ini ke pusat – pusat kebajikan yang ada. Dalam masa yang sama, mereka ini haruslah menjalani pemeriksaan kesihatan agar mereka yang menghidap penyakit yang kronik dapat dikenal pasti terutamanya AIDS tidak disebarkan kepada warga yang menetap di rumah kebajikan tersebut.

Seperkara lagi, golongan yang kurang bernasib baik ini janganlah dianggap sama dengan insan yang mencari rezeki dengan bermain alat muzik di jalanan mahupun menjual kraftangan buatan sendiri. Mereka ini boleh diterima untuk berbuat demikian kerana mereka telah berusaha untuk mendapatkan sesuap nasi dengan titik peluh sendiri. Jadi, janganlah berfikiran negatif terhadap mereka yang bermain muzik di jalanan sambil mengharapkan ihsan daripada orang lain.

Kadang kala, jika difikirkan, rumah kebajikan ini dibiayai tetapi tidak ramai yang menghuni. Adakah mereka yang MENGURUSKAN DAN BUKAN PEMILIK rumah ini sengaja tidak mahu mengambil ramai orang kerana ingin mengurangkan kos perbelanjaan ataupun menyeleweng penggunaan wang yang diberikan? Ketahuilah bahawa insan yang memakan harta sedekah tanpa mengikut saluran yang betul akan dikeji oleh ALLAH S.W.T. Jikalau ini yang berlaku maka tidak hairanlah mereka ini teraniaya walaupun rumah kebajikan wujud untuk membantu mereka.

Oleh yang demikian, pemilik rumah kebajikan seharusnya memberi perhatian yang serius terhadap perkara ini agar insan yang sepatutnya dibantu dapat dibantu dengan cara yang betul.

Secara keseluruhannya, rumah kebajikan yang diasaskan oleh orang perseorangan adalah untuk membantu golongan yang kurang bernasib baik. Jadi, pergunakanlah rumah kebajikan ini untuk membantu mereka agar dirahmati ALLAH kelak. Bagi pemilik pula, janganlah lepas tangan kerana mereka yang anda percayai mungkin tidak menjalankan apa yang anda harapkan. Harapkan kebaikan diakhirat, dapat pula balasan dipertimbangan.

Kenapa Khairy?


Ada kala kita tertanya tanya mengapa dan kenapa jawatan Khairy sebagai Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia sentiasa hangat dan tidak pernah surut dari kemelut yang sentiasa bergelora . Apakah hebatnya kedudukan sebagai Ketua Pemuda UMNO. sehingga ianya menjadi rebutan dan sehingga kini masih menjadi rebutan walaupun pertandingan sebenar telah tamat .

Khairy Jamaluddin berjaya menewaskan dua calon lagi yang dikata hebat ketika nama Khairy berjaya diaib kan oleh mereka yang tertentu yang mungkin terlibat secara langsung atau tidak dalam pemilihan Ketua Pemuda UMNO Malaysia. Ketika itu Khairy juga hanya bergantung kepada kewibawaan diri nya sahaja dan bukan atas tiket menantu Perdana Menteri , Tun Abdullah bukan lagi sandaran bagi Khairy kerana ketika itu semua orang tahu Tun akan melepaskan jawatan.

Khairy terima dengan hati yang terbuka menerima krisis itu sebagai dugaan yang sengaja dipalitkan kepada beliau, Itu bukan garis penamat perjuangan nya walaupun krisis berkenaan boleh membuat beliau tersungkur dan tewas kepada lawan lain . Khairy didapati bersalah atas tuduhan rasuah secara tidak langsung. Dengan kesempatan ini , Tun Mahathir sememangnya sedang berkempen untuk Mukhriz ketika itu bagi memenangi kerusi Ketua Pemuda UMNO terus menerpa dan mengambil kesempatan ini untuk menjatuhkan imej Khairy Jamaluddin , Setiap hari dia mengulangi agar perwakilan tidak memilih perwakilan yang rasuah , kita tidak mahukan pemimpin yang rasuah.

Seperti yang kita ketahui Tun adalah mantan Perdana Menteri yang berpengaruh dan biasanya jika Tun yang begitu konsisten bercakap dan memburukkan seseorang maka padahnya amat buruk sekali. Khairy menerima kritikan Tun dan tuduhan yang dibuat oleh Tun dengan hati yang terbuka. Semua orang tahu Tun mahukan Mukhriz menang. Tun kena beritahu pemuda bahawa Khairy perlu ditolak kerana rasuah.

Yang mengundi adalah perwakilan yang berada di bawah, Mereka ini lah sebenarnya yang mengalami suasana pemilihan yang sebenar bukan Tun Mahathir , Mereka tahu siapa yang datang bawa duit , siapa yang beri duit. Bukan Tun Mahathir kerana Tun Mahathir tidak menerima wang berkenaan , lagi banyak Tun mengatakan Khairy rasuah lagi banyak perwakilan terbayang orang yang sebenar yang melakukan perkara yang sebenar. Khairy di sabit kan kesalahan semasa sebelum pemilihan. Jika benar ini yang diamalkan oleh Khairy tentu sekali perwakilan Pemuda menolak Khairy Jamaluddin. Kenapa Perwakilan terus menolak Mukhriz dan Mukhriz langsung tidak memberikan persaingan dan kenapa mereka juga menolak Khir Toyo. Hanya mereka sahaja yang tahu , Keputusan mereka perlu dihormati kerana mereka bijak dan tahu menilai yang baik dan yang buruk. Jangan salahkan mereka dan mengatakan mereka memilih pemimpin rasuah., Mereka sudah buat keputusan dan mereka tahu siapa yang rasuah dan siapa yang tidak .Mereka hakim sebenar tanpa prajudis.


Keputusan telah menunjukkan bahawa mereka ini menolak Mukhiz dan Khir Toyo. Noktah. Apa lagi yang mahu dipertikai kan . apa yang dipertikai kan bahawa keputusan itu dikira begitu lama, Ianya di kira begitu lama kerana yang kalah minta di kira kembali berulang kali kerana tidak percaya yang perwakilan menolak mereka sehingga langsung tidak memberikan persaingan.Wakil calon berada dalam bilik kiraan undi dan sepanjang proses pemilihan dan tidak ada cara penipuan atau penyelewengan akan berlaku. Kenapa begitu sukar untuk menerima hakikat bahawa pemuda sememangnya tidak mahu dan perwakilan telah menolak . Mengapa mahu dirompak dan di rogol keputusan yang telah dibuat oleh perwakilan.

Khairy Jamaluddin menang secara sah. dalam pertandingan yang sah. Kenapa tidak dipertikai kan keputusan Presiden timbalan Presiden , Ketua Puteri dan ketua wanita. semua pertandingan ini dijalankan dalam proses yang sama. Wanita menolak Rafidah dan memilih Shahrizat , Puteri milih Rosnah menolak Shahaniza, Kenapa mereka boleh menerima keputusan yang datang dari proses yang sama. Rasuah bukan alasan. Mereka memilih hairy setelah lembaga disiplin memutuskan Khairy bersalah dan mereka menafikan, Apa salah Khairy sehingga mereka mahu membenci Khairy ? Ada Khairy tarah bukit dan buat pembangunan , ada kah Khairy dapat syarikat minyak mengendali kan Petronas atau adakah Khairy melenyapkan wang rakyat berjuta juta ringgit punya rumah banglo yang merwah punya kereta yang banyak dan mahal mahal. Jangan lah dimainkan lagu basi ACM libra dan lain lain yang di mainkan oleh pembangkang sebelum ini. Jangan lah menabur fitnah bahawa Khary bersekongkol dengan Anwar Ibrahim dan lain lain. Jika ini benar sudah lama Khairy menyertai parti berkenaan. Inilah akibatnya jika mereka hanya mencari kesilapan Khairy sepanjang masa, Mereka pekak kan telinga mereka buta kan mata mereka sehingga mereka tidak nampak apa yang Kahiry lakukan dalam Pemuda malahan menuduh Khairy tidak menjalankan tugas dan tanggung jawab, Adakah Khairy bercuti lama di Hawaii atau di London mahupun di Paris ?

Apakah Khairy langsung tidak bersama Pemuda pada pilihan raya program program pemuda . Tidak membiarkan dan membenarkan Tun Faisal membesarkan rangkaian pengaruh nya dalam UMB. (Pemuda) atau tidak langsung mengadakan lawatan dan juga mesyuarat? Ini apa ? bukan kah kerja. Apa yang mereka mahu Khairy lakukan tubuh kan pasukan bersenjata dan gempur Hindraf gempur DAP PKR dan PAS, Ini bukan zaman Datuk Harun atau bukan zaman Syed Albar, Ini zaman ICT zaman teknologi dan komunikasi yang canggih dengan rakyat yang boleh berfikir dengan rasional. Rakyat sudah bijak berfikir. Percubaan blog blog yang mahu menjatuhkan Khairy Jamaluddin baru baru ini jelas bahawa ada niat jahat disabalik laporan yang dilakuakn yang berniat mahu membakar api pemberontakan dalam pemuda, Mujur naib Pemuda , Datuk Razali berjaya memberikan penjelasan yang sebenar. Seharusnya bila kita laihat acara laporan kita tahu bahawa niat mereka adalah mahukan Khairy disingkir kan dari kerusi Pemuda UMNO dan sememangnya Khairy bukan lah favourate blog ini. Apa apa pun kita menghormati apa saja pendirian dan perjuangan mereka dan itu hak mereka menulis.

Saya ulangi kembali , Khairy di dapati bersalah atas tuduhan rasuah secara tidak langsung ketika pemilihan KPPUM yang lalu oleh lembaga disiplin UMNO , secara tidak langsung ada yang mengatakan bahawa ada ada tangan yang menyusun agar dia didapati bersalah untuk memastikan laluan calon lain lebih mudah. walaupun Khir Toyo di tuduh tetapi Khir Toyo di dapati tidak bersalah tetapi Khir Toyo juga nampak cacat celanya jika dibanding dengan Mukhriz yang dilihat kan sebagai begitu bersih dalam pertandingan ini. Dikuatkan lagi dengan keyataan Tun Mahathir yang mahu perwakilan menolak pemimpin rasuah diikuti oleh kenyataan Mukhriz, sekiranya ada sesiapa yang memberikan rasuah atas nama beliau bererti orang itu mahu menjejaskan nama beliau. Kenyataan ini sama lah seperti Mukhriz berkata , saya bersih saya tidak rasuah saya tidak beri wang kepada perwakilan. Tun juga kata , anak sayu tu bersih dia tak berikan wang dekat sesiapa termasuklah jentera. Mukhriz tidak guna satu sen pun wang kepada perwakilan mahupun jentera yang bekerja , Semuanya bekerja sukarela , semua yang mengundi untuk pencalonan tak dapat satu sen pun.

Dengan percaturan itu sepatutnya Mukhriz telah menang besar dalam pemilihan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia yang lalu , maklumlah dia lawan dua orang yang dituduh rasuah dan seorang disabitkan kesalahan rasuah dan seorang lagi terselamat .Sebenarnya , tidak ada cacat cela langsung dengan pertandingan yang berlangsung itu , Pertandingan berkenaan adalah pertandingan yang adil dan setiap calon mempunyai wakil calon yang memantau perkalanan pemilihan . Hanya Allah SWT maha kaya serta adil sahaja yang mahu menunujukan yang mana benar dan yang mana salah ketika masih di dunia ini.. Kita seharus menerima hakikat Qada dan Qadar, Jangan disalahkan sistem pemilihan kerana semua orang bertanding dalam sistem yang sama. Perdana Menteri Timbalan Perdana Menteri , Wanita dan Puteri juga bertanding dalam sistem yang sama . Tiada cacatnya sistem ini dan jangan salahkan sistem kerana pengiraan undi lambat kerana wakil calon tidak puas hati apabila calon mereka tewas dan mahu dikira kembali. Tiada penipuan. Sistem ini juga digunakan 21 tahun yang lalu.

Hanya satu bukti yang mahu diterjemah kan oleh Pemuda kepada Tun Mahathir dan Mukhriz yang tidak faham faham sehingga hari ini. Pemuda tolak Mukhriz , Pemuda tahu siapa yang rasuah, Pemuda tahu siapa yang baik untuk memimpin UMNO.Buat lah apa sekali , tidak sesiapa yang boleh melawan ketetentuan Allah SWT. Mukhrzi tewas . Tidak ada persaingan dan berada di tempat yang ketiga.Ini terjemahan Perwakilan , Mengapa kerana ini terjemahan ikjlas Perwakilan mereka pula dikutuk dan mereka di cerca oleh penyokong Mukhriz, Sewaktu pencalonan apabila Mukhriz dapat pencalonan yang tertinggi semua tersenyum sampai ke telinga. Tidak ada sesiapa pun yang kata pemuda itu korupted dan tidak siapa pula menghina mereka. Yang mencalon dan yang mengundi adalah mereka yang sama cuma bezanya undi itu sulit.

Rupanya bukan hanya setakat pemilihan sahaja.Dendam mereka masih berpanjangan . Selesai satu bab timbul lagi satu bab, Sakit hati terhadap Khairy Jamaluddin tidak habis lagi, Tidak percaya apa yang ditentukan oleh Allah SWT. Kuasa kini seolah olah di tangan mereka . PM Naik juga atas desakan mereka . Walaupun PM hanya akur dan setia kepada Pak Lah ketika Pak Lah menjadi Perdana Menteri dan Muhyiddin sahaja yang mendesak bersama kawan akwan yang lain , namun segalanya terancang teliti sebenarnya, Muhyidin menjadi bad boy dan DS Najib menjadi good boy . Ini pandangan sekelompok ahli UMNO, namun setelah Pak Lah mengundur kan diri mereka semua yang mendesak mendapat habuan yang sama rata dari PM.. Cubaan menjatuhkan Khairy pada pemilihan pemuda UMNO gagal. Khairy mesti dilemahkan. Khairy mesti disingkir namun untuk terus disingkir agak sukar kerana anak muda ini juga bukan calang calang dan bukan tidak ada pengaruh. Apa yang perlu dilakukan adalah melemahkan anak muda ini.

Sebenarnya jika kita fikirkan , apa salah anak muda ini yang berminat untuk memimpin Pemuda UMNO dan beliau telah dinobatkan secara sah oleh perwakilan yang merupakan suara majoriti yang mahukan beliau sebagai pemimpin dan UMNO tidak akan rugi mempunyai pemimpin pelapis seperti Kahiry.

Janji untuk Fuad Zarkashi perlu ditunaikan. Janji untuk Datuk Rauf perlu ditunaikan , Janji untuk Mukhriz juga perlu ditunaikan . Semua janji ini dibuat ketika mereka mendesak Pak Lah. Pak Lah turun dan DS Najib naik mereka semua akan dapat habuan mereka. Siapa nak lawan Muhyiddin pasti akan mati, kerana mungkin ini perjanjian nya. Sukar untuk dipercayai tetapi ianya nampak sedemikian. Fuad Zarkashi , Timbalan Menteri , Mukhriz Timbalan Menteri , Datuk Rauf setiausaha kerja UMNO pastinya DS Muhyiddin Yassin Timbalan Perdana Menteri.

Apa apa pun ini semua telah berlaku kita terpaksa menerima nya kerana ini adalah pilihan Perdana Menteri Malaysia sekarang , Sebagai rakyat Malaysia dan ahli UMNO kita terpaksa menerima apa saja pilihan Perdana Menteri. Walaupun kita fikirkan , mana masuk akal , Yang kalah jadi Timbalan Menteri , Naib Pemuda juga jadi Timbalan Menteri , yang tidak menang dalam pilihan raya juga dapat jadi menteri dan yang layak dan yang sepatutnya dilantik dalam kabinet dibiarkan. Ini semua seolah olah sengaja mahu menarik taring dan aib kan Khairy. Penyokong Khairy merasa malu tetapi kerana parti dan bangsa mereka akur dengan susunan PM , tetapi apabila mereka akur dan mahu kembali bertaut. macam macam dugaan yang mereka terima , mereka ini seolah olah dibuat sebagai melukut di tepi gantang , Mereka hanya berdiam diri tetapi sebagai anak Melayu yang bermaruah , mereka akan bangun jika memerlukan mereka bangun untuk menentang, Musuh tidak dicari tetapi jika berhadapan mereka tidak akan lari jauh sekali mengalah.

Mereka pujuk hati mereka dengan berkata mungkin PM belum yakin . Mungkin PM mahukan rakyat selesa dahulu dengan Khairy kerana selama ini banyak persepsi yang tidak baik telah dilemparkan kepada Khairy dan Khairy perlu mengikis semua ini. Mereka bertepuk tangan dengan keadaan ini. Dengan muka tidak malu yang kalah naik mengambil kerusi dan mengharap kan dengan ada nya kerusi ini mungkin boleh mencari pengaruh kembali.Namun kalau akal panjang sejengkal tidak akan ke mana. Setahun berlalu , Khairy terus mara ke hadapan , Khairy mula mendapat tempat dihati rakyat , yang tidak layak dapat jawatan itu masih di takuk lama. Kalau nak harap ayah hari hari pun tidak boleh kerana orang kenal cara ayah memerintah dahulu. Khairy nampak bertambah kuat dan teguh ,

Suka tidak suka mereka terpaksa lah guna jalan kotor untuk melemahkan Khairy dengan mengarahkan segala jentera Maya untuk melemahkan kekuatan Khairy. , Khairy perlu di lupuskann kerana dia boleh buat kerja dan dia mampu menambahkan pengaruh , Keahlian Pemuda bertambah baca sini . Lantas penulis upahan dikerah untuk menulis perkara yang bukan saja untuk menjatuhkan kredibiliti Khairy tetapi untuk meletakkan Khairy duduk sama rendah seperti mereka. Itulah kalau kulit berkudis , pakailah baju cantik mana pun akan berbau juga kudis berkenaan. Namun sejauh mana cubaan mereka Khairy tetap hebat , satu demi satu beliau menghadapi cubaan dan dugaan dan hari ini Allah SWT masih bersama beliau dan Insya alah beliau akan terus mara membawa kepimpinan pemuda UMNO, Cuma Khairy patut memikirkan dan menyenarai kan nama nama yang perlu beliau singkir kan dari senarai EXCO Pergerakan Pemuda. Tidak ramai dan tidak besar pengaruh mereka , jangan sampai busuk dalam pemuda menjadi barah.

Sumber : 1Malaysia

Best sangat ker main dengan bini orang?


“Best sangat ker main dengan bini orang?” begitulah yang terpacul dari mulut sahabatku Karim setelah membaca artikel berkaitan kemunculan seorang Kasanova jutawan.

Pertanyaan itu bukanlah keinginannya untuk merasai nikmat dosa itu, tapi tenyata ia adalah satu lontaran kemarahan dari seorang lelaki yang malu kerana ada juga manusia yang sejantina dengannya yang sanggup melakukan perkara bodoh itu pada bini orang lain.

“Yang perempuan-perempuan ni pun satu hal, gatal tak memasal” sambung Karim

Ya! ada benarnya apa yang karim sebut itu. Kalau tiada angin tidak mungkin pokok bergoyang, bertepuk sebelah tangan takkan berbunyi bukan?

Masalah rumahtangga, suami yang tak carring, tak laksanakan tanggungjawab dan juga sibuk dengan kerjaya sering menjadi alasan bagi kebanyakkan wanita untuk ‘makan luar’.

Budaya ‘makan luar’ kita biasa dengar sejak dulu lagi. Zaman itu kita biasa dengar perkataan ’sugar daddy’ tapi sekarang sudah ada ’sugar mummy’ yang mana wanita bekerjaya atau yang kaya mempunyai lelaki simpanan.

Isteri orang atau tidak bukan lagi menjadi persoalan utama. Akses yang dicari adalah nikmat dunia diatas katil.

Trend yang melibatkan bini orang ini semakin bertambah saban hari. Malah ada suri rumah yang berani memperkenalkan Isteri jiran-jiran mereka kepada gejala busuk ini hingga mereka pun turut sama menjadi ahli kelab wanita yang kesepian ini.

Ladys Night sering kali menjadi ruang buat mereka berkongsi pengalaman dan akhirnya memperkenalkan pasangan nakal mereka. Masing-masing punya rahsia, malah ada yang berkongsi seorang lelaki dengan wanita lain.

Perbuatan ini ada yang dikesan oleh suami dan ada yang tidak.

Tidak dinafikan sikap sesetengah lelaki kaya yang ‘makan luar’ menjadi pendorong kepada gejala ini. Malangnya mereka lupa pada agama dan adat. Hanya kerana dendam dan ingin lampiaskan nafsu mereka turuti perangai buruk suami mereka.

Maka apakah pilihan buat mereka dan pilihan buat kita.

Hari ini kita hanya baca disurat khabar, mungkin sebenarnya ia sudah berlaku di kawasan kejiranan atau pejabat kita.

Maka, kita usahalah sebaiknya untuk menasihati. Kita tidak boleh buat apa. Kita juga manusia biasa, mereka pun sama. Masing-masing pernah buat dosa. Bezanya hanyalah besar kecil dosa kita dengan mereka. Yang penting adalah akhirnya. Bagaimana taubat itu dilaksanakan, itulah jawapan yang kita cari untuk mereka dan diri kita.

Kita akan tumpang dosa itu jika tidak menasihatkan, malah akan bertambah dosa kita jika sekadar mengeji tanpa membantunya kembali ke jalan lurus.

Masyarakat kita lebih banyak menghukum dari mendidik, walhal kitalah pendidik itu…Semoga kita boleh membantu mereka. Yang lelaki bantulah merawat lelaki, yang wanita bantulah merawat wanita yang sudah terlupa itu.

JAIS arah syarikat henti keluar sijil halal


Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) hari ini mengarahkan enam syarikat yang terbabit mengeluarkan sijil dan logo halal berhenti mengeluarkan sijil berkenaan kepada peniaga dan pemilik premis makanan di Selangor.

Pengarah Jais, Datuk Mohammed Khusrin Munawi berkata, enam syarikat berkenaan ialah Bahtera Lagenda Sdn Bhd, Islamic Food and Research Council, SAS-H Consultancy, Perak Religious Officer Association, Halal Food Council S.E.A dan IFANCA International.

Beliau berkata Jais tidak pernah memberikan kebenaran dan mengiktiraf syarikat berkenaan yang mengeluarkan sijil logo halal kepada beberapa premis makanan di negeri itu terutamanya di kedai kopi dan medan selera.

Mohammed Khusrin berkata, syarikat terbabit juga didapati tidak melakukan pemantauan selepas mengeluarkan sijil logo halal kepada pemohon seperti yang dilakukan oleh Jais dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim). – Bernama

Akhirnya, apa yang diharapkan ini, berlaku juga.

Sebenarnya, jika hendak dijadikan bahan berita mengenai syarikat-syarikat yang mengeluarkan sijil Halal di atas, ianya tidak akan habis.
Pendedahan mengenainya jika dilakukan satu persatu, mampu melumpuhkan perniagaan banyak syarikat yang menggunakan sijil/logo Halal terbabit.

Mereka bermotifkan keuntungan, maka jika anda ada wang, anda boleh mendapatkan sijil Halal tersebut dengan sejumlah wang yang dibayar.
Prosesnya amat mudah dan sijil boleh dikeluarkan serta-merta tanpa perlu memeriksa dan menyiasat latar belakang dan aktiviti syarikat anda.
Ada wang, semua boleh jadi.

Dan mereka adalah orang Islam tetapi,demi untuk mengaut keuntungan tanpa memikirkan implikasi akan sijil yang mereka keluarkan sewenang-wenangnya, maka sesiapapun boleh mendapatkannya.

Dengan tindakan yang dilakukan JAIS ini, akan turut diikuti negeri lain dengan kadar segera,

Ramai pengguna keliru dengan logo Halal yang berbagai, dan tidak kurang yang keliru jenis tindakan yang patut dibuat pihak berkuasa.

Ketika ini, JAKIM pula hanya berkuasa atas mereka yang menggunakan logo Halal mereka tanpa kebenaran, tetapi tiada kuasa ke atas mereka yang menggunakan logo Halal yang dikeluarkan syarikat yang dinyatakan itu.

Jadi, bagi peniaga, jalan mudah untuk menarik keyakinan pelanggan, mereka akan’beli’ sijil Halal syarikat terbabit kerana syarat dan pemantauan mereka tidak ketat malah boleh dikatakan, tiada langsung.

Jika memohon melalui JAKIM atau JAIS contohnya, mereka tau, mereka akan lalui jalan yang sukar malah berbagai syarat dari segi syarak wajib dipatuhi yang sudah tentu mereka tidak dapat patuhi.

Semoga langkah ini membuka mata pengguna bahawa mereka selama ini diperdaya dengan berbagai logo halal dan ditambah pula dengan kerajaan sendiri yang ‘membiarkan’ syarikat begini bermaharajalela.

Batalkan terus pendaftaran syarikat-syarikat begini, kerana jika hanya JAIS yang mengharamkannya, tentu sesuatu yang kelakar jika negeri lain membenarkannya pula.

Tetapi JAKIM seharusnya ada mekanisma yang cekap dan telus supaya logo Halalnya tidak disalahguna atau dipermain-mainkan oleh pihak tertentu tanpa ada rasa takut atau bimbang dikenakan tindakan.

Sumber : http://ondscene.via.my

Iklan 'ekor' menggila dalam surat khabar Melayu

Saya membelek-belak akhbar Harian Metro ketika minum di sebuah kedai kopi. Sudah lama saya tidak membaca apatah lagi membeli akhbar yang saya terbabit mengasaskannya pada bulan Mac 1991.

Ketika menyelak-nyelak halaman Sukan, terkejut saya melihat dua muka surat penuh termuat iklan SMS keputusan empat nombor ekor (judi). Selain itu, iklan judi ada di beberapa muka surat lain, memenuhi separuh atau suku muka surat.

Jika dulu, iklan judi menghiasi sebahagian kecil muka surat Sukan, tetapi hari ini ada muka surat dimuatkan sepenuhnya iklan judi. Jadi pada helaian atas muka surat itu tidak wajar diletakkan 'strap' Sukan sebaliknya amat tepat digantikan dengan perkataan 'JUDI'. Demikianlah iklan judi semakin 'berleluasa' dalam akhbar, khasnya akhbar berbahasa Melayu yang kebanyakan pembacanya orang Melayu yang mengikut definisinya di Malaysia beragama Islam.

Jika dewasa ini akhbar-akhbar Melayu turut sibuk dalam isu penggunaan nama Allah, hairan bin ajaib, akhbar-akhbar ini tidak peka langsung mengenai salah satu dosa besar yang dibenci oleh Allah SWT iaitu JUDI. Jika kononnya mereka mempertahankan nama Allah tetapi pada masa yang sama mempersenda perintahnya yang mengharamkan judi, apakah erti perjuangan itu?

Berbicara mengenai iklan judi di akhbar-akhbar berbahasa Melayu yang membiak bagaikan cendawan selepas hujan ini, saya teringat rintihan seorang petugas Sukan Harian Metro yang menelefon saya beberapa tahun lalu, mengadu yang dia takut bersyubahat memberi makan anak isteri daripada perolehan haram hasil iklan-iklan judi itu.

Petugas itu mengemukakan soalan dan meminta nasihat: "Saya kerja di NSTP sebagai penyunting bahagian sukan. Apabila saya 'buat page tu, di tepinya ada 'ad' (advertisement) 'empat nombor ekor'. Macam mana ni bang, pendapatan saya ni haram ke halal, atau saya dikira syubahat ke bang?"

Saya katakan kepadanya, tanyalah ustaz, tentulah ustaz lebih arif.

Seorang rakan setugas, Azamin Amin telah menjalankan tinjauan mengenai keuntungan pihak akhbar daripada penyiaran keputusan atau SMS judi ini.

Beliau menulis, setiap minggu, akhbar seperti Berita Minggu, Mingguan Malaysia dan Metro Ahad menyiarkan keputusan nombor ekor pelbagai jenis antaranya 'Sports Toto' yang memaparkan nombor hadiah utamanya berjumlah RM300,000.00 bagi kategori Jackpot Hadiah Pertama termasuk juga nombor untuk hadiah kedua dan sagu hati.

Lebih mendukacitakan, tidak cukup dengan itu akhbar terbabit turut menyiarkan iklan bagi sesiapa atau para pembaca yang ingin mengetahui keputusan nombor ramalan yang lain yang belum atau sudah disiarkan sepenuhnya seperti Magnum (Empat Nombor Ekor), Kuda 4D, Jackpot, Sarawak Cash Sweep 1+3D, Sandakan Turf Club 4D dan Nombor Bertuah.

Turut disertakan ialah nombor SMS bagi para pembaca yang ingin melanggan keputusan nombor ekor tersebut.

Setelah diselidiki di bahagian iklan media terbabit, kadar bagi setiap iklan berkaitan secara puratanya berjumlah RM1,100 termasuk lima peratus sebagai cukai kerajaan untuk sekali keluaran sahaja.

Pada satu tarikh Berita Minggu dalam halaman 27, menyiarkan 10 iklan nombor ramalan yang setelah dijumlahkan, akhbar terbabit memperoleh pendapatan iklan judi haram itu lebih RM10,000 dan jika di siarkan empat kali dalam sebulan, jumlah keseluruhannya ialah RM40,000.00.

Dalam seminggu, Berita Harian sebagai contoh menyiarkan keputusan nombor ramalan pada setiap Hari Isnin (4 iklan),Rabu (3),Khamis (4), Ahad (9) manakala pada hari Selasa, Jumaat dan Sabtu tiada sebarang iklan nombor ramalan yang dipaparkan dan purata pendapatan iklan (20 iklan x RM1,100) dalam seminggu ialah RM22,000.00 dan secara keseluruhan ialah kira-kira RM90,000.00 dalam sebulan.

Purata setahun setiap akhbar yang terbabit boleh memperolehi pendapatan dan keuntungan hasil daripada iklan menyiarkan keputusan nombor ekor ini berjumlah lebih RM1.14 juta!

Demikianlah betapa besarnya perolehan daripada penyiaran keputusan atau SMS judi. Mungkinkah ini antara sebab mengapa pihak akhbar terutama yang berbahasa Melayu mahu mengekalkan iklan jenis ini dulu, kini dan harap-harap tidak untuk selamanya.

Satu hal yang membimbangkan adalah ruang penyiaran iklan judi ini semakin bertambah, malah ke tahap melampau kerana sudah mengambil kesemua ruang muka surat seperti dalam Harian Metro.

Kini tahun Hijrah 1431 sudah muncul, tidak teringinkah peneraju akhbar-akhbar ini berhijrah daripada keseronokan mengutip laba hasil judi yang keuntungannya akan diagih-agihkan kepada kakitangan syarikat dalam bentuk bonus tahunan atau x-gratia.

Hendak dikatakan akhbar-akhbar Melayu ini terikat dengan perjanjian lama (sebelum atau sejurus merdeka), tidak juga kerana akhbar seperti Harian Metro belum pun berusia 20 tahun manakala Kosmo enam tahun. Tentu ada sebab mengapa akhbar-akhbar ini tidak boleh berpisah langsung daripada penyiaran SMS atau keputusan judi.

Perpatah Melayu ada menyebut, ‘hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih’. Jika akhbar-akhbar Melayu malah seluruh industri persuratkhabaran boleh berkata ‘tak nak’ kepada iklan rokok, mengapa tidak boleh diberhentikan iklan judi. Apakah untung iklan judi tersangat besar sehingga tiada pihak boleh memberhentikannya? Atau ada sebab-sebab lain yang tidak pernah diketahui masyarakat? Atau judi itu sudah diiktiraf sebagai sejenis sukan?

Kepada peneraju akhbar-akhbar Melayu ini usahlah bermain silap mata, jika dalam ruangan agama dan artikel, penat ustaz atau penulis menerangkan dosa besar berjudi tetapi pada halaman Sukan tetap terpampang SMS dan keputusan judi.

Sedikit masa dulu, akhbar begitu hebat menyiarkan berita pihak berkuasa agama menyerbu kedai-kedai ekor yang semakin banyak di tanah air kita, menangkap orang Islam yang berjudi tetapi alangkah ironis dan kelakarnya pada masa yang sama, ia tetap mengiklankan keputusan judi.

Tidakkah dengan mengiklankan keputusan judi itu bermakna satu galakan untuk pembaca akhbar berjudi. Apakah pengiklanan ini bermaksud berjudi dan teruslah berjudi wahai anak bangsaku walaupun di kedai ekor ada papan tanda kecil tertulis: “JUDI ADALAH HARAM DI SISI ISLAM!”

p/s : ade sedikit pengubahan artikel utk kesesuaian tarikh

Sumber : Lanh14

Pengakuan KISAH BENAR banduan rogol anak sendiri


Hati pakcik makin hari makin resah. Anak gadis sulung pakcik, Julie (bukan nama sebenar) sering pulang lewat ke rumah.

Dia juga sudah tidak berminat untuk belajar sehingga memaksa pakcik menghentikannya daripada sekolah.

Puas pakcik menegur dan memarahi anak pakcik itu tetapi ia berlalu bagaikan mencurah air di daun keladi, masuk telinga kanan dan keluar telinga kiri.

Lebih membimbangkan, apabila beberapa orang rakan sekerja pakcik memberitahu yang mereka pernah terserempak dengan Julie di salah sebuah pusat hiburan di Bukit Bintang.

Menurut mereka, pakaian Julie ketika itu sangat seksi dan sedang berpelukan dengan lelaki bukan Melayu.

Walaupun jauh di sudut hati pakcik tidak mahu mempercayai kata rakan-rakannya itu, tetapi pakcik sedar sesuatu harus dilakukan, bak kata pepatah kalau tidak ada angin, mana mungkin pohon bergoyang.

Oleh kerana tidak mahu membuat tuduhan melulu, pakcik mengambil keputusan untuk menyiasat sendiri pergerakan anak gadis pakcik itu.

Pakcik akhirnya akur. Sesuatu harus dibuat sebelum nasi menjadi bubur.

Suatu malam ketika sedang menonton televisyen di rumah bersama isteri, pakcik tercium bau wangi.

Ketika itu pakcik lihat Julie sudah siap bersolek dan berpakaian seolah-olah hendak pergi ‘party’.

Setelah ditanya berkali-kali, akhirnya Julie mengaku hendak ke disko bersama teman lelakinya.

Apalagi mengamuk sakanlah pakcik!

Pakcik marah Julie semahu-mahunya.

Nasib baiklah isteri pakcik cepat meredakan suasana, kalau tidak sudah pasti pipi Julie melekat dengan penampar sulung pakcik.

“Sejak itulah agaknya dia mula sakit hati dan memasang dendam terhadap pakcik,” katanya pada aku yang menemubualnya di bilik rekod Penjara Kajang.

Menurutnya, selepas insiden itu perangai Julie tiba-tiba berubah menjadi baik dan tidak lagi berani keluar malam.

Sebagai bapa, katanya, siapa yang tidak gembira dengan perubahan itu.

Namun yang agak menghairankannya ialah Julie semakin manja dengannya.

Bahkan adakalanya Julie yang berumur 15 tahun itu tidak segan silu tidur di atas ribanya, mengurut kakinya dan pernah satu ketika membelai-belai rambutnya.

Pun begitu dia dan isterinya langsung tidak menaruh sebarang syak wasangka terhadap kelakuan anak mereka.

Sehinggalah pada suatu hari sewaktu dia tinggal berdua dengan anaknya itu di rumah mereka.

Ketika itu isterinya sudah keluar ke pejabat.

Tiba-tiba pakcik terdengar suara sayup-sayup memanggil namanya.

“Abah, masuk kejap dalam bilik,” kata Julie.

Pakcik yang tidak menyangka sebarang keburukan akan berlaku, terus ke bilik Julie.

Alangkah terperanjatnya pakcik sewaktu masuk ke dalam bilik tersebut, kerana anak perempuan pakcik itu hanya memakai coli dan seluar ketat getah berwarna hitam.

Belum sempat dia berkata apa-apa, tiba-tiba Julie merangkul tubuh dan mencium bibirnya dengan rakus.

Serentak dengan itu juga Julie melondehkan seluarnya dan berlakulah perbuatan terkutuk antara bapa dan anak kandung sendiri.

“Walaupun ia merupakan dosa besar tetapi iman pakcik ketika itu terlalu lemah, pakcik tewas dengan nafsu sendiri sehingga tidak mampu membezakan yang mana baik dan yang mana buruk.

“Yang menghairankan pakcik, sewaktu tengah `bersama’ tiba-tiba ada suara halus yang berbisik di telinga, ia seolah-olah memberitahu yang pakcik sudah jauh terpesong.

“Pakcik yang terkejut dengan suara itu terus menolak tubuh Julie dan menyarungkan semula pakaian pakcik. Dalam erti kata lain `kejadian’ itu berlaku tidak sampai tiga minit,” katanya.

Menurut pakcik, anak gadisnya ketika itu hanya ketawa manja melihat kelakuannya, malah sempat merengek agar `permainan’ yang terhenti itu disambung semula.

Dia bagaimanapun tidak menghiraukan pujukan Julie dan terus keluar dari rumah.

Semuanya berjalan seperti biasa selepas hari itu seolah-olah tidak ada apa-apa yang berlaku.

Bagaimanapun ketika dia pulang kerja pada suatu malam, isterinya tiba-tiba menangis sambil memberitahu yang Julie mengaku telah mengandung tiga bulan, dan menuduh dia sebagai orang yang bertanggung jawab ke atas perbuatan terkutuk itu.

“Akhirnya baru pakcik tahu yang Julie sebenarnya sudah memasang perangkap untuk mengenakan pakcik, setelah teman lelakinya bertindak meninggalkannya.

“Julie yang memang berdendam dengan pakcik merasakan inilah saat terbaik untuk membalas dendam kesumatnya itu.

“Pun begitu pakcik yang paling bersalah dalam hal ini, pakcik sepatutnya melindungi Julie ke jalan yang benar dan bukannya tewas dalam perangkapnya,” kata pakcik.

Setelah dihadapkan ke mahkamah, dia terus mengaku salah dan dikenakan penjara selama 10 tahun dan 12 sebatan.

Dia yang baru menjalani hukuman penjara selama dua tahun itu bagaimanapun kini sedang merayu kepada mahkamah agar hukuman sebat itu dikurangkan seminimum mungkin.

Ujarnya, dia mungkin tidak mampu menahan azab sebatan itu kerana usianya kini sudah mencecah 49 tahun.

Dia turut menasihatkan ibu bapa supaya meluangkan lebih masa dengan anak-anak dan pada masa yang sama jangan terlalu memberikan kebebasan kepada mereka.

“Pakcik terlalu menyesal dengan kejadian ini tetapi ia sudah tidak berguna lagi.

“Pakcik juga tidak tahu adakah dosa saya akan diampunkan kerana binatang sendiri pun tidak sanggup menodai anaknya sendiri.

“Kepada Julie, abah minta maaf dari hujung rambut hingga ke hujung kaki di atas apa yang berlaku ini,” katanya.

Sebelum kami menamatkan perbualan penulis ada bertanyakan isterinya tetapi pakcik berkata: “Baru-baru ini dia ada menghantar surat untuk bercerai… pakcik belum memikirkannya tetapi pakcik tahu lambat laun pakcik terpaksa juga melepaskannya.”

Oleh SYAHRIL A. KADIR

Ulamak, tolonglah tegur-tegurkan kami, golongan artis – Amy Search

Amy Search atau nama lengkapnya Suhaimi Abdul Rahman menyeru agamawan tanahair dan kaum ulamak di negara ini agar dapat tampil membetulkan keadaan, menasihatkan artis agar kembali ke pangkal jalan.

“Saya harap ulama, ustaz-ustaz dampingi kami (artis), tanpa ulama tegur kami, kita mungkin lalai,” katanya dalam forum Islam Untuk Semua di sini, semalam sempena sambutan Maulidur Rasul

Tambah Amy, golongan agamawan dan ulamak diseru agar sentiasa mendampingi artis untuk membantu golongan hidup ini ke arah yang lebih baik.

Media dan akhbar arus perdana kerap melaporkan hal-hal sekitar kehidupan artis yang tersasar dari jalan sebenar dan kes-kes seperti ini, kata penyanyi rock yang popular dengan Isabella itu, perlulah mendapat perhatian agamawan dengan sewajarnya.

Media perdana baru-baru ini melaporkan penyanyi dan pelakon Maya Karin, 31, yang berkahwin dengan pasangannya, Steven David Shorthose atau nama Islamnya, Muhammad Ali, 41, kini mengalami pergolakan rumah tangga malah, tidak lagi tinggal sebumbung dengan suaminya.

Sementara itu, Liena Hangat, 37, (Norazlina Abdul Rahmah) pernah gagal dalam perkahwinan campur bersama lelaki Perancis, Muhammad Jamal Delaloy Abdullah pada 21 Ogos 2002, lalu bercerai secara fasakh pada 6 Ogos 2008.

“Melalui pengalaman sendiri, memang benar perbezaan budaya dan cara hidup sedikit menghuru-harakan perkahwinan saya,” katanya.

“Sikap mereka yang hanya mementingkan diri sendiri secara tidak langsung menyukarkan proses perbincangan sehingga membawa ke arah perceraian,” kata Liena yang kini berkahwin bersama Mohd Zaipul Bahri Ghazali, 35, yang dinikahinya pada 9 Mac tahun lalu.

Kehidupan gelap artis perlu dijernihkan

Sementara itu, pelakon dan pengacara Wardina Safiyyah turut mengakui betapa jauhnya garis kehidupan kebanyakan artis hari ini dengan Islam.

Di KB Mall, dalam acara bual bicara yang lalu, anjuran kerajaan Kelantan, ketika mengupas tajuk Selebriti Sebagai Ikon Masyarakat, pelakon pengacara Wardina Safiyyah berkata, masyarakat awam tidak patut langsung menjadikan artis sebagai ikon mereka.

“Tak payah nak tegakkan benang yang basah kerana saya tahu macam mana keadaannya dalam dunia artis itu. Jadi, pada saya, tak payah nak jadikan artis-artis ini idola anda semua, tak payah, tak payah,” kata beliau.

Wardina atau nama penuhnya, Wardina Safiyyah Fadhullah Wilmot berkata, masyarakat hanya boleh mengambil ciri-ciri positif sahaja, tapi tidak boleh mengangkat mereka ke darjat idola dan ikon.

“Saya takut bila perkara salah yang artis lalukan tidak menjadi salah lagi, perkara yang salah tidak ditegur para ustaz dan ulama, artis-artis jahil dan mengeluarkan kenyataan bodoh mengenai agama. Tetapi tidak ada orang tegur, artis berbaju separuh bogel tidak ada orang tegur dan hiburan terlalu banyak dan melalaikan. Ini yang saya risau sebenarnya,” katanya.

Acara bual bicara itu turut menampilkan undangan novelis terkenal Indonesia, Habiburrahman el-Shirazy dan personaliti TV9, Farrah Adeeba Mohd Ashraf.

”Sebagai ibu bapa, adakah kita akan berdiam diri membenarkan anak kita terus mencontohi ‘bulat-bulat’ apa yang dilakukan artis kita? Adakah mereka sudah cukup baik untuk dijadikan ikutan?

”Terus terang, saya tidak rela untuk membenarkan anak saya menjadi salah seorang peminat mereka. Malu sungguh dengan ‘perangai’ sebegitu. Ia bukan nilai murni yang sepatutnya diwarisi kepada mereka,” kata beliau lagi.

Tambah Wardina, pandangan peribadinya itu dilontarkan dengan penuh kejujuran, menerusi pengalaman yang pernah dilalui dan beliau tiada niat untuk mendabik dada atau mengaibkan sesiapa.

”Saya sendiri tidak layak untuk menjadi ikon. Sebabnya, saya terasa banyak kekurangan. Terus terang saya memang kecewa dengan keadaan industri hiburan tanah air masa kini,” katanya.

Menyentuh garis kehidupan lalu yang kelam dan suram ketika bergelar artis, Wardina mengakui bahawa hidupnya terasa kosong.

“Setiap hari makan bangun tidur, malam pergi kelab malam, enjoy, balik rumah, itukah tujuan hidup kita? Saya terdiam dan saya cakap dekat mak saya mahu menunaikan umrah.

“Saya pergi Makkah dengan niat, Ya Allah, tolonglah bagi saya hidayah Ya Allah, saya amat memerlukan kasih daripada Allah, kalau Allah tidak sayang saya, tidak ada gunanya saya hidup,” tambah beliau lagi.

Beliau turut menyentuh keraguan orang-ramai berhubung popularitinya yang akan merudum jika bertudung dan menutup aurat.

“Selepas saya bertudung, ramai yang berkata, saya tidak akan menjadi popular lagi dan tidak ada yang akan mengambil saya berlakon lagi.

“Tapi apa yang terjadi? Iklan syampu pertama di dunia yang menampilkan wanita bertudung adalah iklan saya, pertama dalam dunia. Kemudian iklan itu dibawa ke luar negara, sebab apa? Iklan syampu itu selepas ia dikeluarkan, jualannya berkali-kali ganda,” ujarnya.

Menyentuh isu yang sama, Farah Adeeba berkata, bukanlah suatu kesalahan untuk menjadi selebriti, tetapi hendaklah mereka selalu beringat bahawa kehidupan di dunia ini bukanlah untuk mengejar keseronokan semata-mata.

“Kita mesti letakkan niat yang betul dan tanamkan dalam jiwa untuk menjadi penyalur dakwah Rasulullah,” kata Farah Adeeba dalam bual bicara yang sama.

Sementara itu, Habiburrahman El-Shirazy berkata, bukan artis sahaja yang boleh diangkat sebagai selebriti.

Novelis ‘Ayat-ayat Cinta’ dan ‘Ketika Cinta Bertasbih’ itu berkata, personaliti sukan, politik dan apa saja bidang yang boleh melonjak seseorang itu, sehingga terkenal lalu kehidupannya selalu dibicarakan sekali gus menjadi pusat tumpuan, juga termasuk dalam kelompok selebriti.

“Menjadi seorang selebriti sebenarnya membolehkan kita mendapat pahala yang berganda kerana apa yang kita lakukan biasanya akan mendapat liputan dan kemungkinan dicontohi orang lain.

“Misalnya, jika berita infotainmen memaparkan kisah seorang artis yang bersolat tahajud atau menghafal al-Quran, artis itu akan mendapat lebih pahala jika ada peminat yang mengambil teladannnya.

“Kisah begini sudah tentu lebih baik daripada cerita artis yang tiba-tiba hamil sebelum kahwin yang banyak berlaku di Indonesia,” katanya yang mesra dipanggil Kang Abik.

Habiburrahman juga memberi contoh tentang salah seorang pelakon wanita dalam filem Bila Cinta Bertasbih, Alyss Norin yang baru masuk Islam terpaksa mencari guru untuk mengajarnya mengaji kerana kehendak wataknya sebagai Ilyana.

“Ini sudah tentunya lebih baik daripada cerita negatif artis ditangkap kerana dadah,” kata beliau lagi

Kisah gay di Malaysia

Kemelut seks abnormal makin mengancam dunia. Gejala homoseksual mempunyai sejarah tersendiri. Manusia pernah ditimpa musibah besar angkara gejala itu sebagaimana peristiwa Nabi Luth dan apa yang berlaku di bandar Pompei, Itali.

Namun manusia kembali leka. Hari ini, gejala tersebut begitu berleluasa. Ia bukan lagi tertumpu di negara sekular malah merebak ke negara-negara Islam. Saiz komuniti homoseksual sama ada gay mahu pun lesbian kian membesar di seluruh dunia, menjadi satu angkatan yang seakan tidak terhalang ledakannya.

Walaupun tergolong sebagai manusia bermoral rendah, celaru dan gagal memahami fungsi seksual diri sendiri, makin ramai daripada pengamal homoseksual diangkat menjadi pemimpin.

Meskipun agama tidak membenarkan dan majoriti masyarakat menolak golongan itu menjadi pemimpin, namun di Barat, ramai daripada mereka sudah ke persada kuasa. Jumlah yang menjadi Datuk Bandar, Senator, Gabenor, Menteri malah Perdana Menteri, bertambah dengan agak mendadak. Itu belum menyentuh kelompok lain terutama personaliti dunia hiburan Barat, yang jauh menonjol. (Kebanyakan mereka pada mulanya menafikan terlibat, namun akhirnya membuat pengakuan sebagai gay atau lesbian.)

Perkahwinan sejenis bukan lagi sesuatu yang janggal. Perjuangan bagi menuntut hak untuk golongan tersebut, menampakkan banyak peningkatan. Di sebahagian negara Asia, memperjuangkan kepentingan golongan tersebut bukan lagi sesuatu yang tabu.

Jika gejala ini tidak mampu dibendung, apa akan jadi dengan masyarakat dunia pada 10, 25 tahun dan 50 tahun lagi? Tidakkah persekitaran dunia homoseksual ini akan membawa mudarat besar buat generasi anak dan cucu kita?

Awang lontarkan pertanyaan ini kerana sesungguhnya terlalu banyak persoalan yang berlegar berhubung isu ancaman homoseksual kepada umat manusia termasuk di negara ini.

Di Malaysia, Awang difahamkan, ramai anak muda sudah terjebak dengan gejala itu. Kelab-kelab, spa dan rumah urut gay beroperasi secara tertutup dalam apa yang dianggap sebagai gerakan gay underground.

Internet turut menjadi senjata bagi golongan gay untuk mempromosi kegiatan dan budaya golongan tersebut menerusi laman web tertentu. Awang tidak pasti sejauh manakah pihak berkuasa memantau hal ini. Tetapi berdasarkan laman web itu dan banyak petunjuk lagi, boleh dirumuskan bahawa pasangan gay dan lesbian makin bebas melakukan aktiviti seks luar tabii. Sedangkan tindakan penguatkuasaan amat terhad malah cukup kompleks untuk menanganinya. Kalau dahulu lelaki dan wanita boleh ditangkap kerana bersekududukan tetapi apa tindakan pihak berkuasa agama jika sesama lelaki bersekedudukan?

Sama ada disedari atau tidak, di Malaysia, golongan tersebut semakin berpengaruh. Pengamal homoseksual yang kononnya punya merit, akan diangkat sebagai hero. Berdasarkan kajian tertentu, golongan berkenaan sanggup melakukan apa sahaja bagi mempertahankan kehidupan homoseksual termasuk sesiapa yang menjadi ikon mereka.

Awang sudah tidak larat mendengus dan menggeleng kepala apabila mendengar 1001 cerita tentang gejala tersebut di tanah air ini. Kalau dibongkar habis-habisan, pasti ia lebih menggerunkan. Mungkin sama dahsyat dengan keadaan di Uganda. Cabarannya, berapa banyak lagi yang kita tidak tahu tentang gejala tersebut. Lebih mengganggu fikiran Awang ialah musibah apa yang bakal menanti kita jika fenomena homoseksual ini sudah tidak terbendung?

Sumber : Utusan

Ubah tabiat memandu

Alasan segelintir pemandu kenderaan berat 'terpaksa' berhenti di lorong kecemasan untuk berehat atau tidur adalah tidak masuk akal dan membuktikan kebanyakan mereka tidak peka terhadap keselamatan pengguna lebuh raya yang lain terutama penunggang motosikal.

Bukankah lebuh raya sudah dilengkapi dengan hentian rawat dan rehat (R&R) yang banyak? Pemandu kenderaan berat seharusnya mengenal pasti R&R terdekat untuk berhenti rehat. Bukannya berhenti sesuka hati di mana-mana tempat yang mereka inginkan. Sikap 'tak kisah' inilah yang sebenarnya menjadi penyumbang kepada kemalangan yang disebabkan oleh kenderaan berat. Kebanyakan mereka bukannya tidak tahu lorong kecemasan tidak boleh digunakan untuk berhenti rehat atau tidur, tetapi sikap tidak ambil kisah yang menebal di dalam diri kebanyakan pemandu kenderaan berat membuatkan mereka seolah-olah tidak menghormati atau mempedulikan keselamatan orang lain. Buatlah seberapa banyak peraturan sekalipun, jika sikap tidak ambil kisah sudah sebati di dalam diri, pasti ia tidak akan dipatuhi.

Selain itu, sekiranya kenderaan berat terpaksa juga berhenti di lorong kecemasan akibat kerosakan, pemandu terbabit perlu mengambil langkah-langkah keselamatan yang sepatutnya seperti menyalakan lampu isyarat kecemasan serta meletakkan kon berjarak berpuluh-puluh meter di belakang kenderaan yang rosak untuk memberi amaran kepada pemandu lain. Ini adalah perkara asas yang perlu diambil ketika terpaksa berhenti di jalan raya. Selain itu, jawapan biasa seperti 'tunggu mekanik' atau 'tunggu trak tunda' yang diberikan oleh pemandu kenderaan berat yang tidak meletakkan kon dan tidak menyalakan lampu isyarat kecemasan juga tidak boleh diterima sama sekali.

Saya juga ingin menggesa semua pemandu serta operator kenderaan berat supaya memastikan kenderaan diservis dan berada dalam keadaan yang baik sebelum memulakan perjalanan. Penyelenggaraan kenderaan berat tidak boleh diambil mudah. Sekali ia rosak di lebuh raya, ia bukan sahaja boleh mendatangkan kerugian kepada syarikat, tetapi boleh menyebabkan kehilangan nyawa!

Sementara itu, bukan semua kemalangan di lorong kecemasan berpunca daripada kenderaan berat. Para pemandu kenderaan persendirian dan ringan juga boleh dipersalahkan.

Pada pemerhatian saya, kebanyakan kemalangan di lorong kecemasan disebabkan pemandu memasuki atau memandu di lorong kecemasan.

Peraturan sudah jelas menyatakan bahawa laluan kecemasan tidak boleh digunakan, selain berlaku kecemasan. Adakah pulang bercuti, memotong kenderaan lain, berlumba, mahu cepat sampai ke rumah, ke pejabat atau ke pusat membeli-belah diklasifikasikan sebagai situasi kecemasan? Jika kita buat-buat tidak faham atau 'lupa' tentang fungsi lorong kecemasan, siapa lagi? Ingat, jalan raya dan lebuh raya dikongsi bersama pemandu lain, bukan kita sahaja.

Selain itu, terdapat juga kemalangan di lorong kecemasan disebabkan oleh kenderaan terbabas ke lorong itu. Tambah malang, terdapat kenderaan berat berhenti di lorong kecemasan pada ketika itu. Cuba kita kaji mengapa kenderaan tersebut terbabas ke lorong kecemasan. Saya yakin, kebanyakan punca disebabkan pemandu hilang kawalan akibat kenderaan dipandu terlalu laju atau pemandu terlelap atau tertidur.

Kenderaan sukar dikawal dan mudah terbabas jika dipandu terlalu laju, lebih-lebih lagi jika kenderaan tersebut direka untuk pemanduan biasa sahaja. Proton Wira atau Proton Waja tetap bukan Mitsubishi Evolution, Perodua Kancil tetap bukan Honda Civic. Jika dipandu terlalu laju, ia mudah hilang kawalan dan terbabas ke lorong lain.

Memanglah lebuh raya agak lengang pada waktu malam dan kadangkala kita sedikit teruja untuk menguji kekuatan enjin kereta dan kehebatan kita. Tetapi, ia bukanlah 'lesen' untuk kita memandu terlalu laju. Pada waktu malam di jalan yang lengang, kita masih pemandu biasa. Kita tidak akan bertukar menjadi Lewis Hamilton dan kenderaan kita tidak akan bertukar menjadi kereta Maclaren pada waktu malam.

Terdapat juga kemalangan di lorong kecemasan disebabkan pemandu mengantuk atau terlelap. Polis juga telah menasihatkan supaya pemandu berhenti rehat setiap satu setengah jam atau dua jam. Jika kita memandu secara berterusan melebihi dua jam, kita tidak akan dapat memberikan sepenuh tumpuan pada keadaan sekeliling atau papan tanda yang diletakkan di sepanjang jalan. Badan yang letih membuatkan mata berasa berat dan mengantuk. Walaupun kita terlelap hanya untuk satu atau dua saat, kita mungkin sudah memasuki lorong lain, melanggar kenderaan di sebelah atau melanggar pembahagi jalan.

Kita bukannya robot. Jika pemandu sudah mengantuk, kenderaan seperti BMW, malah Ferrari sekalipun boleh terbabas. Impaknya juga mungkin lebih dahsyat lagi kerana kenderaan-kenderaan ini lazimnya dipandu dengan kelajuan yang tinggi.

Secara kesimpulannya, kemalangan di lorong kecemasan memang boleh dielakkan jika kita sendiri mengubah tabiat atau etika pemanduan. Kita perlu peka dan bertimbangrasa terhadap keselamatan diri sendiri, keluarga, rakan, penumpang dan pengguna jalan raya dan lebuh raya lain.

Di lebuh raya, sedikit kelalaian boleh mengundang padah. Sikap 'tidak apa' tidak boleh wujud di dalam diri apabila memandu. Justeru, jangan mengambil kesempatan terhadap kemudahan lebuh raya yang disediakan.

Bahaya penagih onani


Onani masalah lazim yang dibangkitkan kepada pakar sakit tuan. Di dalam bidang perubatan sendiri, banyak pertikaian mengenai amalan ini dengan kebanyakan pakar psikologi berpendapat ia satu cara untuk mengenali diri secara mendalam, terutama mengenai tindak balas perasaan syahwat dan kemuncak rangsangan seksual.

Bagaimanapun, mereka tidak menjelaskan apa perlu dilakukan apabila amalan itu bertukar kepada ketagihan kerana saya menerima begitu banyak soalan daripada mereka yang mengaku sebagai ‘penagih onani’.

Perlu diingatkan yang mereka membabitkan semua peringkat usia dengan sebahagian besarnya remaja dan bujang, tetapi golongan sudah berkahwin turut tidak ketinggalan dengan amalan ini, malah ada yang menyifatkan berasa lebih puas dengan beronani.

Anda boleh bayangkan tekanan yang anda berikan kepada anggota sulit dan sistem syahwat anda dengan beronani.

Jika anda lakukan onani secara luar biasa seperti melakukan rangsangan seksual secara kasar dan kuat untuk mengecapi klimaks, mungkin apabila beristeri, anda akan mendapati bersetubuh dengannya tidak memberi kepuasan seperti anda kecapi secara onani.

Masalah ini dikenali sebagai ‘Traumatic Masturbatory Syndrome’. Yang menimbulkan masalah ialah onani mengakibatkan klimaks anda berlaku dengan cepat, yang jika berterusan dan diamalkan akan mengakibatkan anda tidak dapat bertahan lama apabila mengadakan hubungan seksual sebenar.

Selain itu, jika agak ganas dengan cara merangsang anggota sulit anda sehingga mengakibatkan anggota itu sakit dan bengkak, kemungkinan satu hari anda akan mengalami mati pucuk apabila kerosakan lama menunjukkan kesannya.

Ini kerana anggota sulit adalah organ vaskular dan tidak boleh diurut atau dirangsang dengan keras. Ia hanya sesuai untuk dirangsang melalui salur faraj perempuan.

Berkaitan dengan benih dan kesuburan bukan dalam pengaruh onani. Sehubungan itu, bagi anda yang sihat dan mempunyai buah zakar yang berfungsi dengan baik, ia pasti mampu menghasilkan sperma.

Namun, saya ingin mengingatkan yang kerosakan buah zakar boleh berlaku pada bila-bila masa ketika melakukan onani, dan jika ia berlaku dan menjejaskan kilang sperma, sudah tentu anda akan mandul kerana sperma tidak lagi dihasilkan ‘kilang’.

Sebagai contoh, anda melakukan onani dalam keadaan tidak terkawal seperti pengaruh alkohol, menyebabkan tidak tahu atau sedar ketika itu anda teragut buah zakar atau mencederakan buah zakar.

Anda hanya menyedari selepas beberapa lama yang buah zakar anda menjadi semakin kecil atau bengkak, dan jika kilang sperma terjejas, anda akan menjadi mandul.

Sudah tentu perkara yang menyeronokkan sukar untuk dihentikan, kecuali berlaku sesuatu perkara yang memudaratkan seperti keradangan buah zakar, kecederaan zakar seperti kebengkakan zakar.

Bagaimanapun, ia sudah terlewat jika tiada cara perawatannya. Mungkin jika zakar terkulai, bengkok atau patah, ada cara rawatan seperti pemulihan dengan pembedahan atau penggunaan alat pemulih.

Namun, jika kilang sudah rosak dan buah zakar mengecil, tiada penawarnya. Jadi cuba kurangkan amalan onani, terutama secara kasar. Anda perlu ingat, anda hanya ada satu zakar, bukan sepasang. Jika zakar itu tidak berguna, hidup anda merana selama-lamanya!

Sumber : Dr.Ismail Thamby

Sukarnya berbahagi suami

Bermadu, perkataan yang manis di mulut namun pedih di hati. Hanya mereka yang pernah melaluinya sahaja tahu kesukaran yang perlu dihadapi.

Ditanya pada setiap wanita pasti tidak mahu dan seboleh-bolehnya mengelak daripada berada dalam situasi tersebut.

Tidak kira sama ada menjadi isteri tua mahupun isteri muda. Kedua-duanya pasti akan merasai pahit dan maungnya bermadu.

Namun sebagai makhluk Tuhan, siapalah kita untuk menolak takdir Maha Pencipta, menepis qada dan qadar yang telah tertulis.

Walaupun cuba dielak dan ditepis, jika itulah takdirnya maka harus didepani dengan reda. Mungkin setiap yang berlaku pasti ada sebab dan musabab yang terselindung oleh-Nya kepada kita.

Menurut Perunding Motivasi Kaunseling, Hushim Salleh, wanita bermadu perlu mempunyai kekuatan yang tersendiri terutama bagi yang bergelar isteri muda.

“Wanita yang mengambil keputusan untuk menjadi isteri muda perlu mempunyai jati diri yang kuat serta sabar dalam menangani dugaan hidup.

“Hal ini penting dalam menangani suasana kehidupan yang normal seperti orang lain,” ujarnya ketika dihubungi baru-baru ini.

Bagaimanapun, semua tohmahan dan cemuhan itu tidak akan berlaku sekiranya suami boleh mengatasi permasalahan ini dengan aman tanpa menyakitkan hati di kedua-dua belah pihak.

Tegasnya, bagi mewujudkan perkahwinan yang bahagia biarpun hidup berpoligami, setiap isteri perlulah saling faham memahami dan hormat menghormati di antara satu sama lain.

“Bagi isteri tua, dia perlu bersabar biarpun hatinya remuk ekoran suaminya memiliki insan lain. Kesabaran adalah penting meneruskan hubungan rumah tangga.

“Sementara isteri muda pula perlu kuat dalam menghadapi dugaan hidup selepas memilih untuk meneruskan hubungan walaupun mengetahui lelaki tersebut sudah beristeri,” katanya.

Selain itu katanya, sebagai isteri kedua, perlulah membuatkan hati sentiasa sibuk. Jika ia dibiarkan kosong nanti yang duduk di dalamnya adalah iblis.

Sebenarnya, wanita kini sukakan lelaki yang matang dan sudah pasti ciri-ciri itu hanya ada pada lelaki yang berusia dan berpengalaman dalam rumah tangga.

Namun, faktor utama mengapa wanita sanggup menjadi isteri kedua adalah kerana kesunyian, kesepian dan juga faktor usia yang semakin matang.

Akuinya lagi, tidak salah bergelar isteri muda asalkan pandai membawa diri.

Dalam al-Quran, Allah SWT menjelaskan dalam firmannya yang bermaksud: ‘Kahwinlah kamu dengan perempuan baik bagi kamu, dua, tiga atau empat. Sekiranya kamu khuatir tidak dapat berlaku adil (terhadap mereka) cukuplah satu sahaja’- Surah al-Nisa’:3.

Berdasarkan pengertian ayat ini menunjukkan bahawa amalan bermadu merupakan satu cara hidup berumah tangga berasaskan landasan syariat yang menghendaki agar sentiasa wujud keharmonian hidup dalam keluarga.

Namun harus diingatkan, biarpun bergelar isteri kedua atau ketiga dan keempat, hak sebagai isteri tetap sama.

“Islam tidak membezakan isteri pertama, kedua atau sebagainya. Selagi dia bernikah secara sah, hak kesemua isteri adalah sama.

“Tidak ada bezanya, hak mereka juga sama. Cuma yang berbeza adalah status seseorang wanita itu selepas diijabkabulkan.

“Jika anak dara haknya lain manakala seorang janda haknya juga berbeza.

Bagaimanapun hak di sini bermakna bilangan hari selepas diijabkabul. Jika yang dikahwini itu adalah seorang dara maka bilangan hari bersama suami adalah tujuh hari berbanding pula status janda bilangan hari bersama suami adalah tiga hari,” jelasnya.

Namun dari segi tanggungjawab dan sebagainya, kata Hushim, hak isteri tetap sama .

Dalam mengamalkan permasalahan poligami, suami pula harus memainkan peranan seadil-adilnya terhadap kedua-dua isteri.

“Kecacatan poligami sebenarnya bukan dari segi prinsip tetapi lebih kepada perlaksanaan yang menyimpang daripada syariat .

“Ini terbukti daripada statistik menunjukkan bahawa 80 peratus pengadu yang mengadu mempunyai masalah rumah tangga adalah kaum Hawa, ini secara langsung membuktikan bahawa krisis rumah tangga berpunca daripada kelalaian kaum Adam,” jelasnya lagi.

Secara fitrah dan nalurinya, emosi isteri pertama sudah tentu akan terganggu akibat daripada berbahagi kasih.

“Oleh itu, peranan suami amat penting dalam membahagikan kasih sayang dan juga menjalankan tanggungjawab,” katanya serius.

Jelasnya, dalam menjalani cabaran kehidupan wanita yang bergelar isteri muda haruslah tabah mengharunginya.

“Lupakan kesedihan dengan banyak mengingati anugerah Allah yang dikurniakan kepada diri,” ujarnya.

Dalam pada itu, beliau memberitahu, nikmat Allah bukan sekadar harta semata-mata tetapi juga kebahagiaan dalam kehidupan seharian.

“Atasilah masalah hati dengan membuat aktiviti-aktiviti supaya sentiasa sibuk.

“Jika hati disakiti, carilah tempat selamat. Sibukkan diri dengan memanfaatkan setiap detik yang berlalu agar ia membuahkan pahala,” terangnya lagi.

Bagaimanapun jelasnya lagi, kebahagiaan rumah tangga itu bermula daripada hati dan juga tubuh badan yang sihat.

“Jika hati sakit pastinya boleh menjejaskan kesihatan jasmani juga, hiduplah dengan dengan aktiviti yang bermanfaat .

“Selain itu, tanamkan azam di dalam diri untuk atasi segala dugaan dan bersyukur apa yang ada, malah jalan yang paling penting mohon pada Yang Maha Esa supaya merestui perkahwinan itu ke jalan bahagia,” katanya.

Sumber : Zuhayati Yazid

The Facebook games that millions love (and hate)

Early each morning, millions of farmers around the world rise to toil in their fields. By night, gangs of mobsters scheme and legions of poker players shuffle up and deal.

Sure, none of it's real. But the overwhelming popularity of so-called social gaming -- simple games that let people play with their friends on networking sites such as Facebook -- is changing the face of video games, experts say.

And as the maker of popular titles like FarmVille and Mafia Wars, San Francisco, California-based Zynga has ridden the games' skyrocketing popularity to the top of that emerging market.

For Zynga founder Mark Pincus, the formula for gaming success on Facebook, MySpace and other sites was as simple as it might seem counterintuitive: create simple games that people like but can easily set aside.

"We built the games so they could be played in a tab on your browser while you're on a conference call," said Pincus, a veteran Web entrepreneur who created Zynga in 2007.

Of course, they've been helped by the massive growth of Facebook, where the games are so popular they've spawned "fan" pages devoted to complaining about having to watch friends play them.

Facebook, with its 400 million users, is where the vast majority of people play FarmVille and Mafia Wars along with other Zynga titles like FishVille, Vampires, Café World, YoVille and Zynga Poker.

In all, more than 65 million people play Zynga games every day, according to media tracking company Developer Analytics.


More than 75 million people a month play FarmVille, Zynga's most popular title.

Zynga's top title, FarmVille, is played by an estimated 75 million people each month -- roughly equal to the number who have played the classic arcade and desktop game Tetris during its entire existence.

The massive growth was satisfying but not altogether surprising to Pincus, whose previous startups had included Freeloader, a Web-based information-gathering service; tech-support company SupportSoft; and Tribe.net, an early social networking site from 2003.

He said that starting the game company, which he named after his late English bulldog, was an effort to fill what he considered a surprising void in most people's daily Internet use.

"I thought in 2007 that something had gone oddly wrong with the whole Internet experience," Pincus said. "I would have thought games would have been one of the top two or three experiences people had on the Internet."

What Pincus got right, according to gaming expert Scott Steinberg, was a sort of return to the "golden era" of games like Pac-man and Super Mario Bros.

"Video games actually appealed to a huge cross-section. They appealed to everybody," said Steinberg, publisher of DigitalTrends.com. "What happened is, as we went through the mid-'80s to the mid-2000s, you started to see gaming become more incestuous in terms of 18- to 34-year-old males making games for people just like them."


Zynga games like Café World draw much higher rates of female players than most video games.

By contrast, three of Zynga's top five games -- FarmVille, Café World and FishVille -- have mostly female players, with many players outside the traditional 18- to 34-year-old range.

Those games all operate on the same basic premise. Starting with a simple farm, fish tank or restaurant, the player works to make it bigger and fancier, sharing items with friends and helping each other along the way.

Some of Zynga's early titles simply mirrored existing board and card games. It was Mafia Wars -- in which players team up to whack other gangs -- that first exhibited what would become the hallmarks of social gaming: simple, single-player action that's enhanced by teamwork.

With FarmVille, that formula would become complete.

Players plant virtual crops that can be harvested hours, or days, later. Along the way, they invite online friends to become their neighbors and help each other by sending gifts or helping with the farming. There's no way to "win," but players take satisfaction in building big, fancy farms that they can showcase to their friends.

"A farm is something that is internationally understood and known. It's cross-cultural, cross-gender, cross-age," Pincus said. "A great social game should be like a great cocktail party. If you want it to appeal to absolutely everyone you invite, it has to be broad in its content so that everyone gets it."

Not that Zynga's success has come without criticism.


Mafia Wars is popular but prompted claims that it was a knock-off.

With hundreds of smaller companies vying for a piece of the social gaming market, some rivals have accused Zynga of using its hefty venture capital to crowd out less-financed competitors.

Many of its most popular games, including FarmVille, are similar to pre-existing games from smaller companies, a fact Pincus dismisses by noting that video games have always fallen into genres with similar titles from competing companies.

Psycho Monkey LLC, the makers of Mob Wars, filed a lawsuit claiming that Mafia Wars ripped them off. Zynga settled that case in August, said a spokeswoman for the company.

Zynga also was hit with complaints and lawsuits over its original business model, which let players earn in-game rewards for things like signing up for a credit card or video-rental membership.

Critics said some of the offers amounted to scams, leading players to download unwanted software or unwittingly sign up for memberships that appeared stealthily on their phone bills.

Pincus has acknowledged not being vigilant enough with the automated ads that appeared on Zynga games during the company's early days.


More than 13 million people play FishVille every week, according to Zynga.

"We were playing whack-a-mole," Pincus said. "Every time we found one of these or got a complaint, we would take them down. Eventually ... we realized we had to take a much more aggressive stance than a normal Web site."

In November, Zynga removed all "lead-generating" ads, relying for revenue instead on the roughly 1 to 3 percent of the player base that pays for in-game items, such as a barn in FarmVille. It has since been putting the advertisements back in, with a new system that lets it more closely monitor what kind of ads show up, Pincus said.

"We'll see where this goes for the entire industry," Pincus said. "It was really important to us to maintain a trusted position with our users. We wanted to do the right thing, and I think we did."

Pincus offers a ray of hope for another vocal group of critics: the social-media users who say they're tired of seeing all of their friends' updates about Zynga and other social games.

On Facebook, a group called "I dont care about your farm, or your fish, or your park, or your mafia!!!" had more than 5.2 million members recently.

"Please. No more of this stuff," wrote one member. "I've had all I can take. About to hang up FACEBOOK. Just want a nice cozy place to talk with my friends!"

Zynga Poker was one of the company's first social games and remains among the most popular.

Pincus said he hopes that messages from games can eventually be targeted to a more select audience.

"We have to evolve," Pincus said "I think it's heading to a place that's more narrow-casting. I think you'll get to a place where Facebook will be better about showing feeds to people who have a registered interest in them."

For example, he said, there might eventually be a way to send game notifications only to people who play social games themselves.

"It's not just games. It's going to be true for music, for pictures, for status updates," Pincus said. "I think, over time, these networks are going to start to shape more to ... your [registered interests]."

Meanwhile, Zynga will be among the developers continuing to change how people look at video gaming. It's a change that Steinberg, the gaming guru, says will be for the better.

While heavyweights like Electronic Arts and the popular Civilization series are making inroads into social gaming, Steinberg said, the genre is also opening up opportunities for smaller developers.

"We're seeing, in many ways, a second renaissance for games," Steinberg said.

"There's been an epiphany among the developer community saying, 'Look at these millions of users that we've forgotten to speak to for years.' This can only be a good thing for the gaming industry in the end."

Source : CNN

Copyright © 2009 - Aku & Sesuatu - is proudly powered by Blogger
Smashing Magazine - Design Disease - Blog and Web - Dilectio Blogger Template