Akhirnya terjawab sudah kadar terbaru BLR Bank-bank di Malaysia, apabila sebelum ini kiita mendengar ura-ura yang mengatakan Bank Negara Malaysia (BNM) dijangka menaikkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetari yang telah diadakan pada 4 Mac lalu setelah mengekalkannya hampir setahun.
Keputusan telah pun dibuat oleh Bank Negara Malaysia (BNM) dengan menaikkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) sebanyak 0.25%. Secara matematiknya, apabila Kadar Dasar Semalaman (OPR) naik Kadar Pinjaman Asas (BLR) juga turut akan terkena tempias dan kesannya.
BANK tempatan menaikkan Kadar Pinjaman Asas (BLR) masing-masing semalam sejajar langkah Bank Negara Malaysia meningkatkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) sebanyak 0.25 peratus, Khamis lalu (4 Mac 2010). Mendahului senarai, Malayan Banking Bhd (Maybank) menyemak semula BLR daripada 5.55 peratus setahun ketika ini kepada 5.80 peratus setahun, berkuat kuasa hari ini (9 Mac 2010) Bank terbesar tempatan itu berkata, kadar pembiayaan Asas (BFR) Maybank Islamic Bhd, turut disemak semula daripada 5.55 peratus kepada 5.80 peratus. Presiden dan Ketua Eksekutif Maybank, Datuk Seri Abdul Wahid Omar,berkata semakan semula kadar faedah itu adalah berasaskan pelarasan dalam OPR. Sementara itu, CIMB Group mengumumkan peningkatan BLR dan BFR untuk CIMB Bank dan CIMB Islamic Bank sebanyak 25 mata asas daripada 5.55 peratus kepada 5.80 peratus, mulai hari ini (9Mac2010). “Ia dibuat susulan pengumuman kenaikan OPR oleh Bank Negara sebanyak 25 mata asas, Khamis lalu,” kata Ketua Eksekutif Kumpulan CIMBGroup, Datuk Seri Nazir Razak. Dalam pada itu, RHB Banking Group menyemak semula BLR bagi RHB Bank dan BFR bagi RHB Islamic Bank daripada 5.55 peratus kepada 5.80 peratus setahun, berkuat kuasa hari ini 9 Mac 2010). Hong Leong Bank Bhd dan Hong Leong Islamic Bank Bhd turut mengumumkan peningkatan BLR dan BFR kepada 5.80 peratus daripada 5.50 peratus berkuat kuasa esok (10 Mac 2010). Asian Finance Bank (AFB) pula menyemak BFRnya daripada 5.50 peratus kepada 5.75 peratus, mulai hari ini (9 Mac 2010)
Apabila BLR/BFR rendah, hutang kita akan jadi rendah. Ini akan menyebabkan rakyat berbelanja. Biasanya ini akan terjadi masa ekonomi negara tengah menguncup. Apabila BLR/BFR naik, hutang kita akan bertambah, ini akan menyebabkan rakyat akan lebih berjimat-cermat ketika berbelanja dan mula membuat simpanan.
Semakan Kadar Pinjaman Asas (BLR) setiap tahun :
Tahun/BLR 2010 – 5.80% 2009 – 6.50% ——> 5.55% 2008 – 6.75% ——> 6.50% 2007 – 6.75% 2006 – 6.00% 2005 - 6.00% 2004 – 6.00% 2003 – 6.50% 2002 – 6.50% 2001 – 6.75% 2000 – 6.75% 1999 – 8.00% 1998 – 10.50% ——> 12.27% 1997 – 9.25% 1996 – 8.50% 1995 – 6.60% 1994 – 8.25% 1993 – 9.50% 1992 – 9.00% 1991 – 7.50% 1990 – 7.00% 1989 – 7.00%
P/S : Kenaikan Kadar Dasar Semalaman (OPR) boleh dikatakan sejajar dengan perubahan visi semasa bank yang hanya menyasarkan peminjam -peminjam yang benar-benar berkualiti sahaja dan mampu menguruskan pinjaman yang telah dilakukan dengan baik. Masih ingat lagi kejatuhan teruk ekonomi USA dek kerana kes gadai janji suprima yang telah mereka laksanakan sehingga memakan diri sendiri?
PP/S : Mungkin itulah yang cuba dielakkan oleh Bank Negara Malaysia (BNM) atau ???
Sumber : http://www.beritasemasa.com
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment