Best sangat ker main dengan bini orang?

15Mar2010


“Best sangat ker main dengan bini orang?” begitulah yang terpacul dari mulut sahabatku Karim setelah membaca artikel berkaitan kemunculan seorang Kasanova jutawan.

Pertanyaan itu bukanlah keinginannya untuk merasai nikmat dosa itu, tapi tenyata ia adalah satu lontaran kemarahan dari seorang lelaki yang malu kerana ada juga manusia yang sejantina dengannya yang sanggup melakukan perkara bodoh itu pada bini orang lain.

“Yang perempuan-perempuan ni pun satu hal, gatal tak memasal” sambung Karim

Ya! ada benarnya apa yang karim sebut itu. Kalau tiada angin tidak mungkin pokok bergoyang, bertepuk sebelah tangan takkan berbunyi bukan?

Masalah rumahtangga, suami yang tak carring, tak laksanakan tanggungjawab dan juga sibuk dengan kerjaya sering menjadi alasan bagi kebanyakkan wanita untuk ‘makan luar’.

Budaya ‘makan luar’ kita biasa dengar sejak dulu lagi. Zaman itu kita biasa dengar perkataan ’sugar daddy’ tapi sekarang sudah ada ’sugar mummy’ yang mana wanita bekerjaya atau yang kaya mempunyai lelaki simpanan.

Isteri orang atau tidak bukan lagi menjadi persoalan utama. Akses yang dicari adalah nikmat dunia diatas katil.

Trend yang melibatkan bini orang ini semakin bertambah saban hari. Malah ada suri rumah yang berani memperkenalkan Isteri jiran-jiran mereka kepada gejala busuk ini hingga mereka pun turut sama menjadi ahli kelab wanita yang kesepian ini.

Ladys Night sering kali menjadi ruang buat mereka berkongsi pengalaman dan akhirnya memperkenalkan pasangan nakal mereka. Masing-masing punya rahsia, malah ada yang berkongsi seorang lelaki dengan wanita lain.

Perbuatan ini ada yang dikesan oleh suami dan ada yang tidak.

Tidak dinafikan sikap sesetengah lelaki kaya yang ‘makan luar’ menjadi pendorong kepada gejala ini. Malangnya mereka lupa pada agama dan adat. Hanya kerana dendam dan ingin lampiaskan nafsu mereka turuti perangai buruk suami mereka.

Maka apakah pilihan buat mereka dan pilihan buat kita.

Hari ini kita hanya baca disurat khabar, mungkin sebenarnya ia sudah berlaku di kawasan kejiranan atau pejabat kita.

Maka, kita usahalah sebaiknya untuk menasihati. Kita tidak boleh buat apa. Kita juga manusia biasa, mereka pun sama. Masing-masing pernah buat dosa. Bezanya hanyalah besar kecil dosa kita dengan mereka. Yang penting adalah akhirnya. Bagaimana taubat itu dilaksanakan, itulah jawapan yang kita cari untuk mereka dan diri kita.

Kita akan tumpang dosa itu jika tidak menasihatkan, malah akan bertambah dosa kita jika sekadar mengeji tanpa membantunya kembali ke jalan lurus.

Masyarakat kita lebih banyak menghukum dari mendidik, walhal kitalah pendidik itu…Semoga kita boleh membantu mereka. Yang lelaki bantulah merawat lelaki, yang wanita bantulah merawat wanita yang sudah terlupa itu.

0 comments:

Copyright © 2009 - Aku & Sesuatu - is proudly powered by Blogger
Smashing Magazine - Design Disease - Blog and Web - Dilectio Blogger Template