Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) hari ini mengarahkan enam syarikat yang terbabit mengeluarkan sijil dan logo halal berhenti mengeluarkan sijil berkenaan kepada peniaga dan pemilik premis makanan di Selangor.
Pengarah Jais, Datuk Mohammed Khusrin Munawi berkata, enam syarikat berkenaan ialah Bahtera Lagenda Sdn Bhd, Islamic Food and Research Council, SAS-H Consultancy, Perak Religious Officer Association, Halal Food Council S.E.A dan IFANCA International.
Beliau berkata Jais tidak pernah memberikan kebenaran dan mengiktiraf syarikat berkenaan yang mengeluarkan sijil logo halal kepada beberapa premis makanan di negeri itu terutamanya di kedai kopi dan medan selera.
Mohammed Khusrin berkata, syarikat terbabit juga didapati tidak melakukan pemantauan selepas mengeluarkan sijil logo halal kepada pemohon seperti yang dilakukan oleh Jais dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim). – Bernama
Akhirnya, apa yang diharapkan ini, berlaku juga.
Sebenarnya, jika hendak dijadikan bahan berita mengenai syarikat-syarikat yang mengeluarkan sijil Halal di atas, ianya tidak akan habis.
Pendedahan mengenainya jika dilakukan satu persatu, mampu melumpuhkan perniagaan banyak syarikat yang menggunakan sijil/logo Halal terbabit.
Mereka bermotifkan keuntungan, maka jika anda ada wang, anda boleh mendapatkan sijil Halal tersebut dengan sejumlah wang yang dibayar.
Prosesnya amat mudah dan sijil boleh dikeluarkan serta-merta tanpa perlu memeriksa dan menyiasat latar belakang dan aktiviti syarikat anda.
Ada wang, semua boleh jadi.
Dan mereka adalah orang Islam tetapi,demi untuk mengaut keuntungan tanpa memikirkan implikasi akan sijil yang mereka keluarkan sewenang-wenangnya, maka sesiapapun boleh mendapatkannya.
Dengan tindakan yang dilakukan JAIS ini, akan turut diikuti negeri lain dengan kadar segera,
Ramai pengguna keliru dengan logo Halal yang berbagai, dan tidak kurang yang keliru jenis tindakan yang patut dibuat pihak berkuasa.
Ketika ini, JAKIM pula hanya berkuasa atas mereka yang menggunakan logo Halal mereka tanpa kebenaran, tetapi tiada kuasa ke atas mereka yang menggunakan logo Halal yang dikeluarkan syarikat yang dinyatakan itu.
Jadi, bagi peniaga, jalan mudah untuk menarik keyakinan pelanggan, mereka akan’beli’ sijil Halal syarikat terbabit kerana syarat dan pemantauan mereka tidak ketat malah boleh dikatakan, tiada langsung.
Jika memohon melalui JAKIM atau JAIS contohnya, mereka tau, mereka akan lalui jalan yang sukar malah berbagai syarat dari segi syarak wajib dipatuhi yang sudah tentu mereka tidak dapat patuhi.
Semoga langkah ini membuka mata pengguna bahawa mereka selama ini diperdaya dengan berbagai logo halal dan ditambah pula dengan kerajaan sendiri yang ‘membiarkan’ syarikat begini bermaharajalela.
Batalkan terus pendaftaran syarikat-syarikat begini, kerana jika hanya JAIS yang mengharamkannya, tentu sesuatu yang kelakar jika negeri lain membenarkannya pula.
Tetapi JAKIM seharusnya ada mekanisma yang cekap dan telus supaya logo Halalnya tidak disalahguna atau dipermain-mainkan oleh pihak tertentu tanpa ada rasa takut atau bimbang dikenakan tindakan.
Sumber : http://ondscene.via.my
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment