Belon udara panas kembali lagi di Putrajaya


Pesta Belon Udara Panas Antarabangsa kali kedua yang bakal berlangsung di Putrajaya pada Mac ini dijangka menarik lebih 100,000 pengunjung ke Putrajaya. Pesta berkenaan akan berlangsung selama 4 hari mulai 18 hingga 21 Mac ini . Pesta ini adalah antara acara besar bagi tahun ini yang bakal mempromosikan negara di mata dunia.

Pesta ini adalah satu usaha menarik seramai mungkin pengunjung terutamanya pelancong luar negara untuk datang ke negara ini dan menjadikan Putrajaya sebagai destinasi percutian tetap dan mesti dikunjungi mereka.

Bagi memeriahkan lagi acara ini nanti, pihak Perbadanan Putrajaya akan menyediakan lima belon udara panas kepada orang ramai yang ingin merasai pengalaman menarik menaiki belon udara iaitu pada jam 8 pagi hingga 11 pagi dan pada jam 6 petang hingga 9 malam.Yang pasti,acara ini sememangnya dinanti-nanti oleh orang ramai.

Orang ramai pasti tidak mahu melepaskan peluang untuk melihat panorama belon udara yang cantik dan juga peluang untuk merasai sendiri pengalaman belon tersebut yang sememangnya sukar diperolehi. Jadi tak mustahil sekiranya orang ramai berpusu-pusu datang semata-mata tidak mahu mensia-siakan peluang tersebut.

Pada kali ini objektif pesta terbabit adalah untuk mempromosikan kepelbagaian kaum dan budaya di Malaysia selain mengetengahkan Putrajaya sebagai pusat pelancongan.Ini semestinya bersesuaian dengan tema 1 Dunia, 1 Malaysia, 1 Pesta. Diharapkan acara dapat menonjolkan keunikan dan keharmonian masyarakat negara ini kepada pengunjung luar.

Lokasi Putrajaya yang sangat strategik dan menarik menjadi faktor kepada penganjuran pesta belon udara panas itu.Ini kerana terdapat banyak kawasan lapang di Putrajaya dan ini memudahkan belon melakukan pendaratan terutamanya apabila berlaku kecemasan.

Pemandangan menarik dan keadaan geografi di sini membolehkan orang ramai melihat belon panas ketika dilepaskan di udara

Pesta terbabit adalah anjuran Perbadanan Putrajaya, Persekutuan Sukan Udara Malaysia (MSAF) dan AKA Ballon Sdn Bhd. Sebanyak 23 belon panas yang akan dibawa dari 12 negara antaranya, Amerika Syarikat, Jepun, Perancis, New Zealand termasuk Malaysia.

PESTA Belon Udara Putrajaya 2009 yang telah diadakan di kawasan letak kereta Monumen Alaf Baru, Presint 2, Putrajaya pada tahun lepas telah mendapat reaksi dari orang ramai yang diluar jangkaan. Pada tahun ini acara belon udara dijangka akan mendapat reaksi yang sama dari orang ramai.

Yang lebih menarik minat pengunjung adalah pertunjukan yang menampilkan pelbagai jenis belon udara panas termasuk berbentuk burung merak, badut, kepala gajah dan cawan.Reka bentuk belon-belon ini sememangnya memukau mata memandang.

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web ini : http://www.myballoonfiesta.com

Hubungan Seks Sebelum Kahwin?

Kasihan dan sedih betul, muda-muda, cantik-cantik, bijak-pandai, molek-molek pakaiannya tetapi kalau kalau disingkap sejarah hitam, rata-rata pernah melakukan hubungan seks sebelum kahwin. Sedangkan kes terbaru zina, melibatkan seorang ustazah….ulang suara. USTAZAH!!! Ustazah bertudung labuh lagi yang berkelulusan dalam bidang agama dari sebuah universiti di Timur Tengah, sebelum ini mengajar di sebuah masjid dan sebuah sekolah rendah di Kota Tinggi, Johor.

Sedangkan ustazah yang ada ilmu agama yang tinggi dan mempunyai perwatakan yang baik, inikan pula pasangan kekasih muda yang masih mentah lagi berhingus, yang masing-masing dahagakan kasih sayang dan belaian. Inilah yang dinamakan kalau bertuankan nafsu. Nak tahu macam mana Ustazah ini boleh kena kantoi????

Maaf memang saya tak sediakan cerita-cerita lengkap sebegitu di sini. Boleh semak Berita Harian Metro atau pun “adik” kepada Harian Metro, Kosmo Online. Mereka ini selalu ke depan dalam cerita-cerita panas sebegini. Memang lengkap cerita panas mereka!! Tidak mengapa, kita abaikan kisah zina ustazah itu. Sekarang kita tumpukan dengan isu perbuatan hubungan seks sebelum kahwin.

Berkaitan dengan topik ini, saya suka ingin menyarankan anda semua melihat semula rakaman siaran rancangan Wanita Hari Ini (WHI) yang bertarikh 24 Februari 2010. Saya mendengar sendiri pengakuan kedua-kedua mangsa. Mangsa ker???? Hai….kesian anak gadis sekarang. Kedua-kedua gadis yang masih muda ini mengakui, salah satu penyebab utama mereka tewas di tangan pasangan lelaki mereka yang menabur janji-janji manis kepada si gadis. Si gadis pulak cepat terlentok bila mendengar janji si jantan tu nak mengahwini si gadis tersebut. Tidak kisahla…si jantan keparat tu masih bujang lagi ker, sudah bersuami lagi ker.

Si jantan pulak mengambil kesempatan dengan melakukan hubungan seks sebelum kahwin. Saya setuju dengan pendapat Encik Yahya Mohamad (Pengerusi Pusat Perlindungan Remaja-KEWAJA) yang mengatakan si gadis ini sebenarnya KELIRU dalam menunjukkan atau mentafsirkan cinta dan kasih sayangnya kepada teman lelakinya. Memang betul pun. Lebih-lebih lagi gadis yang baru sahaja mengenali apa itu kemanisan bercinta dan tiada pengalaman bercinta sebelum ini.

“Lelaki yang minta BUKTI cinta, adalah lekaki yang DAYUS. Sepatutnya teman lelaki itu perlu MEMBUKTIKANNYA & bukannya MINTA BUKTI kepada teman wanita di samping menjadi pelindung”

P/S : Lebih membimbangkan, segelintir mereka berbangga dengan status itu dan beranggapan remaja yang masih dara dan belum merasai sendiri hubungan seks sebelum kahwin sebagai kelompok ketinggalan zaman. Erm…………..

PP/S: Yang sudah bersuami, janganla…pula berkongsi masalah dengan rakan lelaki. Jangan sesekali. Ini kerana kebanyakan lelaki bukannya membantu menyelesaikan masalah, tetapi lebih suka mengambil kesempatan dengan peluang yang dibuka sendiri oleh si wanita. Bukannya masalah boleh selesai atau reda, tetapi masalah yang lain bakal muncul.

Sumber : http://www.beritasemasa.com

Lepas Halimah Jongang, sambung pula Fatimah Juling, apa erti semua ini?


Aku sangat terbuka dalam bab-bab kreatif ini kerana tidak mahu dianggap kolot dan ketinggalan zaman

tetapi aku juga berpendapat, kreatif bukanlah alasan untuk kita melakukan apa saja sehingga boleh menjatuhkan maruah orang

drama Halimah Jongang sekarang ini meletup-letup dalam Astro, kononnya mempunyai rating atau jumlah penonton yang tinggi

tetapi walauapapun alasan, ia sebenarnya lebih banyak menjatuhkan maruah daripada membela nasib mereka yang tergolong dalam golongan ‘jongang’ ini

semalam seorang teman memberitahu kisah sedih yang berlaku di kawasan rumahnya

di situ ada sebuah sekolah rendah, jadi setiap kali menjelang petang, riuhlah kawasan itu dengan gelak ketawa dan senda gurau kanak-kanak yang mahu pulang dari bersekolah

kebetulan di sekolah itu ada seorang murid perempuan Tahun Tiga yang mempunyai gigi yang agak jongang

sejak itu, setiap kali pulang dari kelas, pelajar perempuan ini akan diejek beramai-ramai

” Halimah Jongang…ha ha ha halimah jongangggggggggg,” kata mereka sambil menyanyikan lagu tema drama berkenaan

dan setiap kali itu jugalah pelajar perempuan ini akan tunduk malu sambil berjalan dengan tanpa melihat kiri dan kanan

ini kisah benar beb!

jadi aku tak faham bagaimana penerbit drama, A. Aida boleh bagitahu Minggu Malaysia baru-baru ini yang drama 13 episod itu sepatutnya mendapat pujian ramai kerana ia membawa tema yang menarik, astaga!

A. Aida juga mendakwa dia mendapat reaksi positif daripada mereka yang bergigi jongang kerana drama itu berjaya mengangkat keyakinan diri masing-masing

“Saya mendapat sokongan penuh daripada insan-insan yang bergigi jongang kerana mereka merasakan lebih yakin untuk berhadapan dengan masyarakat.

“Malah ada juga yang sebelum ini susah nak senyum di depan orang ramai sudah boleh tersengih dan tidak lagi malu dengan kecacatan itu. Ia merupakan sesuatu yang baik kerana mengangkat maruah mereka.

“Saya juga ada terima SMS daripada peminat yang mengaku selama ini dia susah nak buka mulut tetapi selepas Halimah Jongang, dia rasa macam hari-hari nak buka mulut,” jelasnya yang sekaligus memberitahu menempah gigi palsu untuk watak itu dengan kos RM5 ribu

dan yang bestnya, mungkin di atas kejayaan Halimah Jongang, A. Aida menerbitkan pula drama bersiri berjudul Fatimah Juling, ishkkk!!

bagi aku A. Aida boleh bagi sejuta alasan untuk menjustifikasikan tindakannya menghasilkan Halimah Jongang dan Fatimah Juling

cuma aku nak dia jawab satu soalan saja, agak-agaknya apa perasaan A. Aida kalau dia sendiri ditakdirkan Tuhan bergigi jongang dan bermata juling seperti mana drama terbitannya?

Itu je soalannya, kalau senang tolong jawab.

Sumber : http://syahrilkadir.wordpress.com

Copyright © 2009 - Aku & Sesuatu - is proudly powered by Blogger
Smashing Magazine - Design Disease - Blog and Web - Dilectio Blogger Template