Aku sangat terbuka dalam bab-bab kreatif ini kerana tidak mahu dianggap kolot dan ketinggalan zaman
tetapi aku juga berpendapat, kreatif bukanlah alasan untuk kita melakukan apa saja sehingga boleh menjatuhkan maruah orang
drama Halimah Jongang sekarang ini meletup-letup dalam Astro, kononnya mempunyai rating atau jumlah penonton yang tinggi
tetapi walauapapun alasan, ia sebenarnya lebih banyak menjatuhkan maruah daripada membela nasib mereka yang tergolong dalam golongan ‘jongang’ ini
semalam seorang teman memberitahu kisah sedih yang berlaku di kawasan rumahnya
di situ ada sebuah sekolah rendah, jadi setiap kali menjelang petang, riuhlah kawasan itu dengan gelak ketawa dan senda gurau kanak-kanak yang mahu pulang dari bersekolah
kebetulan di sekolah itu ada seorang murid perempuan Tahun Tiga yang mempunyai gigi yang agak jongang
sejak itu, setiap kali pulang dari kelas, pelajar perempuan ini akan diejek beramai-ramai
” Halimah Jongang…ha ha ha halimah jongangggggggggg,” kata mereka sambil menyanyikan lagu tema drama berkenaan
dan setiap kali itu jugalah pelajar perempuan ini akan tunduk malu sambil berjalan dengan tanpa melihat kiri dan kanan
ini kisah benar beb!
jadi aku tak faham bagaimana penerbit drama, A. Aida boleh bagitahu Minggu Malaysia baru-baru ini yang drama 13 episod itu sepatutnya mendapat pujian ramai kerana ia membawa tema yang menarik, astaga!
A. Aida juga mendakwa dia mendapat reaksi positif daripada mereka yang bergigi jongang kerana drama itu berjaya mengangkat keyakinan diri masing-masing
“Saya mendapat sokongan penuh daripada insan-insan yang bergigi jongang kerana mereka merasakan lebih yakin untuk berhadapan dengan masyarakat.
“Malah ada juga yang sebelum ini susah nak senyum di depan orang ramai sudah boleh tersengih dan tidak lagi malu dengan kecacatan itu. Ia merupakan sesuatu yang baik kerana mengangkat maruah mereka.
“Saya juga ada terima SMS daripada peminat yang mengaku selama ini dia susah nak buka mulut tetapi selepas Halimah Jongang, dia rasa macam hari-hari nak buka mulut,” jelasnya yang sekaligus memberitahu menempah gigi palsu untuk watak itu dengan kos RM5 ribu
dan yang bestnya, mungkin di atas kejayaan Halimah Jongang, A. Aida menerbitkan pula drama bersiri berjudul Fatimah Juling, ishkkk!!
bagi aku A. Aida boleh bagi sejuta alasan untuk menjustifikasikan tindakannya menghasilkan Halimah Jongang dan Fatimah Juling
cuma aku nak dia jawab satu soalan saja, agak-agaknya apa perasaan A. Aida kalau dia sendiri ditakdirkan Tuhan bergigi jongang dan bermata juling seperti mana drama terbitannya?
Itu je soalannya, kalau senang tolong jawab.
Sumber : http://syahrilkadir.wordpress.com
Lepas Halimah Jongang, sambung pula Fatimah Juling, apa erti semua ini?
15Mar2010 Posted by dbk network Labels: Copy and Paste
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment