
Sebagai suatu jenama sebesar jenama seperti Proton, mereka sepatutnya boleh bersaing jika persaingan itu adil. Tetapi berlaku sebaliknya. MV Agusta nama besar, ada sejarah, ada potensi. Tiadakah individu atau kumpulan yang berfikir panjang pada masa itu?
Mengapa mereka “bertindak berani” beli M.V.Agusta? Tanyalah BMW dan Harley-Davidson. Mereka kelihatannya percaya nilai M.V.Agusta itu lebih tinggi daripada apa yang dibayar oleh Proton. Cara mana sekalipun diputar, Proton telah mengalami kerugian apabila jual saham MV Agusta nilai saham serendah 1 Euro yang pada asalnya dibeli dengan harga 76 juta Euro.
Kesan Jual Saham MV Agusta Pada Harga Termurah :
KUALA LUMPUR – Penganalisis ekonomi berharap isu penjualan pegangan Proton Holdings Bhd. (Proton) dalam MV Agusta Motor Spa (MV Agusta) menjadi pengajaran kepada syarikat milik kerajaan (GLC) dalam membuat keputusan perniagaan. Pensyarah ekonomi Universiti Sains Malaysia (USM), Prof. Dr. Amir Hussin Baharuddin berkata, penjualan tersebut yang dilakukan hampir empat tahun lepas boleh dikatakan satu kesilapan kerana syarikat tersebut berpotensi untuk maju. “Sepatutnya Proton menggunakan kelebihan yang ada pada MV Agusta untuk menaikkan imejnya,” katanya. Menerusi laporan sebuah majalah, MV Agusta yang dibeli oleh sebuah syarikat dari Itali dengan harga 1 euro (RM4) untuk 57.75 peratus pegangan saham Proton telah berjaya dijual semula dengan harga yang jauh lebih tinggi. Kata Amir Hussin, Proton telah mengabaikan peluang tersebut hanya disebabkan kegagalan untuk menganalisis perniagaannya dengan baik. Baginya, jika Proton ingin menjadi syarikat yang dipandang tinggi dalam dunia permotoran, ia seharusnya berusaha memperkembangkan MV Agusta dan menyelongkar kelebihannya daripada menjual pegangannya pada harga yang murah. “Jika tidak, Proton boleh dijadikan satu bahan jenaka dalam dunia permotoran,” ujarnya. Pensyarah ekonomi Universiti Utara Malaysia (UUM), Haim Hilman turut sependapat dalam hal itu apabila berkata, Proton tidak menilai potensi yang ada pada MV Agusta sebelum menjual pegangannya. “Sekalipun ingin menjual pegangan tersebut, biarlah pada harga yang bersesuaian dengan imej MV Agusta,” katanya. Menurutnya, meskipun MV Agusta dikatakan memberi bebanan hutang kepada Proton, banyak alternatif lain boleh digunakan untuk mengatasi masalah itu seperti menjalin kerjasama strategik dengan pihak lain. “Sekurang-kurangnya Proton tidak menanggung beban sepenuhnya, malah mampu mewujudkan jaringan pasaran yang lebih luas,” katanya lagi. Baginya, GLC perlu mengambil iktibar daripada insiden itu selaras kedudukannya sebagai nadi ekonomi negara termasuk dalam aspek teknologi. Walaupun menyedari perkara itu lebih bersangkut paut dengan risiko perniagaan, tetapi bagi beliau, GLC harus lebih terbuka menerima pandangan pelbagai pihak sebelum membuat keputusan yang boleh menjatuhkan imejnya.
Apa jawapan kerajaan melalui Datuk Seri Najib Razak selaku Menteri Kewangan, punca mereka jual saham pada harga termurah :
* Mengelakkan syarikat kereta Nasional itu menanggung hutang yang dianggarkan melebihi RM1 bilion * Model perniagaan MV Agusta tidak boleh dikekalkan daripada segi operasi serta kewangan dan pembangunan syarikat pembuat motosikal itu memerlukan pelaburan besar berterusan bagi tempoh yang lama. * Integrasi operasi MV Agusta dengan Proton tidak akan memberi skala ekonomi yang besar atau sinergi, malah terdapat kemungkinan syarikat itu jatuh muflis dan membawa risiko komersial, kewangan dan reputasi terhadap Proton. * Katanya, nilai pelupusan saham selain nilai nominal juga dipengaruhi oleh aliran tunai MV Agusta yang tidak mencukupi dan tanggungan kerugian berterusan berjumlah 118.57 juta Euro bagi tempoh enam tahun sehingga 31 Disember 2005.
Merugikan Proton sahaja. Kenapalah membuat keputusan yang kurang cerdik seperti ini? Harley Davidson Group sudah pun membeli MV Agusta dengan harga USD 110 juta dari keluarga Castiglioni, manakala BMW Motorrad pula membeli anak syarikat MV Agusta, Husqvarna, Euro 90 juta. Mereka lebih nampak potensi dan teknologi yang ada pada MV Agusta.
P/S : Mungkin kalau Proton jual saham MV Agusta dengan harga seperti ini tempoh hari, sekurang-kurangnyanya boleh bayar sikit hutang dalam MV Agusta Group. Betul tak?
Sumber : http://www.beritasemasa.com
0 comments:
Post a Comment