Perjanjian kedua isu air Malaysia Singapura bakal berakhir pada tahun 2060. Dan pada masa itu akan genaplah tempoh usia hampir 100 tahun perjanjian air Malaysia Singapura. Satu tempoh yang cukup lama ditambah lagi dengan nilai serendah 3 sen yang Malaysia berikan kepada Singapura bagi setiap 1000 gelen. Diharap Malaysia belajar daripada “kesilapan dan sejarah lalu” jika Singapura terus memilih untuk membeli air Malaysia.
Perjanjian air Malaysia Singapura ini dibuat pada tahun 1960 dan 1961 dan telah tercatat seperti dalam Perjanjian Pemisah tahun 1965. Pada masa itu, Malaya, Singapura masih lagi di bawah satu bumbung bersama-sama Sabah dan Sarawak yang dinamakan Malaysia semasa perjanjian ini dimeterai. Kurang dua tahun kemudian, Singapura bertindak memisahkan diri daripada persekutuan dan menjadi republik merdeka pada tarikh 9 Ogos 1965.
Terdapat 2 perjanjian air Malaysia Singapura :
1. Perjanjian pertama : Malaysia membekalkan 350 juta gelen air mentah setiap hari kepada Singapura pada harga 3 sen bagi setiap 1,000 gelen dan bakal berakhir pada tahun 2011.
2. Perjanjian kedua : Malaysia membekalkan sebanyak 250 juta gelen air setiap hari pada kadar yang sama iaitu 3 sen untuk setiap 1,000 gelen.
Johor juga sepatutnya sudah mempunyai lojinya sendiri supaya dapat memberikan bekalan air bersih berbanding membeli pada kadar harga yang tinggi daripada Singapura sedangkan air mentah berasal daripada negara kita sendiri. Singapura dapat boleh memenuhkan reservoir mereka(boleh tahan 1 tahun agaknya jika berlakunya krisis air) dan dalam pada masa yang sama, dapat jual semula air bersih kepada Malaysia.
Dan sepatutnya juga, tiada halangan untuk Malaysia menyemak semula perjanjian air Malaysia Singapura untuk setiap 25 tahun dan kita sebenarnya mempunyai hak berbuat begitu iaitu pada tahun 1986 dan 1987 tetapi Malaysia memilih sebaliknya. Alasan pada masa itu, bagi mengelakkan Singapura menjual air pada harga yang lebih mahal.
Berdasarkan kira-kira secara kasar yang boleh diambil daripada penjualan air yang berlaku di antara Malaysia dan Singapura ini ialah :
1. Singapura membayar 3 sen untuk setiap 1000 gelen air mentah kepada Malaysia.
2. Diberitahu Singapura menanggung kos sehingga RM2.40 untuk merawat air ini termasuk daripada segi kos pembinaan reservoirs, empangan dan juga Pipeworks untuk membawa air ke Singapura. Singapura telah menghabiskan lebih daripada S$1 bilion pada projek-projek tersebut, dan terus membayar untuk mengupgrade dan memelihara kelengkapan kemudahan mereka.
3. Malaysia membayar kira 50 sen untuk membeli setiap 1000 gelen air yang telah dirawat oleh Singapura dan menjual air kembali penduduk Johor pada kadar RM3.95.
Situasi yang dialami Malaysia ini sama seperti kes Hong Kong membeli air dari China di RM8 per 1,000 gelen. Hong Kong membayar kepada China RM8, dan secara timbal baliknya China “menyumbang” daripada segi pembangunan, peningkatan dan penyelenggaraan reservoirs dan paip air untuk membekalkan air bersih kepada Hong Kong.
Sekarang tahun 2011, bukanlah tempoh yang lama di mana perjanjian pertama untuk pembelian air bakal berakhir. Yang menjadi persoalan ketika ini, adakah Malaysia sudah bersedia untuk memikirkan perkara samada untuk menamatkan sahaja ataupun membuat perjanjian air Malaysia Singapura yang baru? Walaupun pada tahun 2002, Singapura membuat keputusan untuk tidak lagi menyambung perjanjian pertama itu kerana berpendapat Singapura sudah mempunyai keupayaan untuk membekalkan 100 juta gelen air sehari kepada rakyatnya menggunakan teknik menerusi kaedah NEWater moden(penyulingan air laut).
P/S : Dengan bilangan rakyat Singapura semakin meningkat, segala kemungkinan tetap ada. Yang pentingnya, kita sudah bersedia atau tidak?
Sumber : http://www.beritasemasa.com
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment