NoGold Mart - Syurga Membeli-Belah


Apa sebenarnya NoGold Mart ini?
Sebenarnya ini adalah satu konsep baru dimana pihak pengurusan forum iaitu NoGold.Com dengan kerjasama penaja FXOpen membuat satu seksyen khas dimana semua ahli forum boleh membida barangan yang ditawarkan mengikut nilai tertentu. Untuk pengetahuan anda semua, semua barangan yang ditawarkan untuk dibida tidak menggunakan langsung Ringgit Malaysia bahkan setiap ahli tidak perlu membayar apa-apa yuran untuk mengakses seksyen tersebut.

Barangan yang ditawarkan meliputi harian, mingguan dan juga bulanan. Setakat hari ini, sudah banyak barangan harian yang telah dimenangi oleh ahli forum, antaranya Thermol Pot, Blender, Oven, Periuk Nasi, Juicer, Mixer, Kipas, Seterika, Pemain DVD, Printer dan banyak lagi. Begitu juga dengan barangan mingguan antaranya Digital Kamera, Handphone pelbagai jenama Samsung dan Nokia. Apa yang pasti barangan bulanan yang sedang dibida sekarang yang akan membuatkan pemiliknya berasa sungguh bertuah tidak lain tidak bukan sebuah laptop jenama Dell dengan spesifikasi terkini. Barangan-barangan yang ditawarkan kebanyakkannya adalah berjenama, jadi anda tidak perlu risau akan tahap kualiti barangan tersebut.

Apa yang perlu anda risau ialah barangan yang anda inginkan itu mungkin menjadi milik orang lain jika anda lambat bertindak!

Macamana hendak bayar jika menang? Guna NG$? Apa tu?
Jadi anda pasti tertanya jika tidak menggunakan RM, macamana nak membuat bayaran jika menang bidaan? Jawapan kepada persoalan anda itu amatlah mudah. Kita gunakan NG$ untuk membuat bayaran. NG$ itu adalah virtual point atau money yang hanya digunakan didalam forum NoGold sahaja. Apa yang perlu anda lakukan ialah membuka thread atau membalas posting pada thread kegemaran anda. Bagi setiap thread yang dibuka anda akan mendapat NG$100 dan jika anda membalas (reply) pada posting dithread rakan anda, anda akan mendapat NG$50, sungguh mudahkan untuk mengumpul NG$

Dibawah saya sertakan lain-lain cara untuk menambah NG$ anda

01. Kredit Permulaan (100) - mula-mula daftar dan masuk ke group
02. Kredit Referral (100) - masa register, kalau guna nama referral maka dapat bonus
03. Referral Bonus (5)- ini kalau kita refer new member
04. Kredit Activiti (20)- menjadi aktif, tidak idle
05. Kredit Hari Lahir (100)
06. Kredit Memberi Reputasi (0.5)- sekiranya memberikan reputasi kepada orang lain
07. Kredit Menerima Reputasi (2)- sekiranya menerima reputasi dari orang lain
08. Menerima Infraction (-10)
09. Buka Thread Baru (10)
10. Thread di beri 'rate' (1)
11. Membuat post di thread orang lain (5)
12. Membuat post di thread sendiri (3)
13. Kredit setiap perkataan melebih 100 (0.5)
14. Kredit apabila thread di lawat oleh ahli lain (0.05)
15. Thread menerima balasan (2)
16. Profile di lawati (0.05)
17. Membuat poll (5)
18. Poll di undi (1)
19. Ada attachment (3)
20. Hantar PM (-2)
21. Letak event dalam kalendar (3)
22. Ada profail gambar (3)

Selain dari perkara asas untuk mendapatkan NG$ ada banyak lagi cara seperti memasuki peraduan yang dianjurkan antaranya NoGold Trivia yang menawarkan sehingga NG$10,000, NoGoldian Voive & Thought, lahirkan pendapat anda dan disini sahaja NG$5,000 menanti anda setiap hari. NoGold Blog Review juga menawarkan hadiah sebanyak NG$30,000 bagi blog yang menepati kehendak pihak juri. Senang cerita banyak cara lagi untuk anda mengumpul NG$, cuma perlukan sedikit kreativiti untuk menambahnya.

Apa yang pasti anda tidak perlu membayar walau satu sen pun pada NoGold.

Banyak lagi kegunaan NG$ ini tetapi buat masa ini biarlah kita fokus kepada kegunaan NG$ untuk NGMart sahaja ini dahulu.

Adakah saya akan menang jika saya tawarkan harga tertinggi untuk sesuatu barang itu?
Mungkin tidak kerana, selain dari faktor NG$, satu lagi faktor penting didalam sistem bidaan yang diperlukan ialah 'Bidding Power'. Bidding Power atau BP ini ialah satu konsep perkongsian yang sistematik dimana pembida haruslah mengundi peserta NoGold SuperStar dahulu bagi menaikkan BP anda.

Dengan itu bermakna dalam sesuatu bidaan samada harian, mingguan atau bulanan 2 faktor berikut akan diambilkira:-

1. Harga terakhir yang ditawarkan.
2. Bidding Power seseorang bidder.

Dengan kata lain, berikut adalah caranya bagaimana pemenang ditentukan:-

1. Pembida akan membuka bidaan.
2. Peserta-peserta memberikan tawaran mereka sehingga waktu bidaan tamat.
3. Pembida akan menentukan pemenang berpandukan 3 harga tertinggi ditawarkan.
a) Sekiranya ketiga-tiga harga ditawarkan oleh A, secara otomatik A memenangi bidaan.
b) Sekiranya 2 harga ditawarkan oleh A dan 1 harga ditawarkan oleh B, bidding power dijadikan penentu kemenangan antara A dan B.
c) Sekiranya 1 harga ditawarkan oleh A, 1 harga ditawarkan oleh B dan satu lagi oleh C, maka pemenang akan ditentukan oleh bidding power.

Bagaimana caranya meningkatkan bidding power?
Hanya satu cara sahaja yang ada bagi menaikkan jumlah bidding power anda, iaitu dengan cara membuat undian kepada mana-mana peserta Nogold Superstar yang digemari oleh anda. 1 vote berharga NG$100 sahaja

Vote peserta pilihan anda disini bagi menaikkan Bidding Power - NoGold SuperStar

Formula pengiraan bidding power seperti berikut:-

Bidding Power (BP) = [Jumlah Undian Dalam Tempoh 7 Hari Terbaru / 7]

Contoh BP :-

1 undian .... BP 0.14
2 undian .... BP 0.28
3 undian .... BP 0.42

NG$ & Bidding Power sudah tahu, apa pula lagi?
Format bidaan, yang ini sangat penting untuk mengelakkan anda terkeluar dari persaingan merebut barangan tersebut. Sila rujuk dibawah bagi memudahkan anda melakukan bidaan. Pastikan anda mengikut format yang betul, jika tidak anda pasti akan kerugian.

Format bidaan

Last Bid: NG$XXX
My Bid: NG$XXX

----------------------------------------- (garisan perlu ada)
Letakkan komen anda disini

Contoh :

Last Bid: NG$10000
My Bid: NG$11000

-----------------------------------------
Saya mesti menang!

OK, saya sudah faham, sekarang saya sudah menang dan mahu menuntut hadiah saya.
Opss... sebelum anda menuntut hadiah yang dimenangi, anda pelu membayar dahulu dengan menggunakan NG$. Caranya adalah seperti berikut :-

Bid Date :
Item :
Amount : NG$
Payment Proof :

Contoh :

Bid Date : 3/8/09
Item : Cornell Dvd Player
Amount : Ng$5000
Payment Proof :

Lampirkan screenshot bayaran kepada NGBanker

NGBanker? Apa pula ini?
OK, NGBanker ialah satu sistem yang mengawal aliran keluar masuk NG$, ia berfungsi sebagai tempat membuat bayaran untuk sesuatu proses. Dalam hal ini pembida haruslah membayar harga barangan yang dimenangi kepada NGBanker.

Cara membuat bayaran adalah seperti berikut:-

Klik pada [Check] sebelah kanan atas dimana nama anda dan jumlah NG$ anda terpampang atau klik pada User CP, kemudian cari menu Donations and Drawings disebelah kiri atau klik sahaja link ini.

Anda akan melihat 3 kotak kosong yang perlu diisi. Bahagian Recipient sudah semestinya NGBanker, Comment pula isikan nama barangan yang dimenangi dan kotak yang terakhir Amount, masukkan jumlah bidaan yang dimenangi dan klik pada butang donate. Tahniah! Anda baru sahaja membuat bayaran kepada pihak NGBanker. Jangan lupa untuk membuat screenshot dan pergi ke thread ini Bukti Pembayaran/Payment Proof untuk mengesahkan bayaran yang anda telah lakukan.

Jadi hadiah macamana hendak ambil?
Ada 2 cara yang dipraktikkan di NoGold. Satu jika anda berada dikawasan Selangor/Kuala Lumpur anda digalakkan untuk menyertai NoGold Tour, kerana dimajlis inilah hadiah-hadiah akan disampaikan kepada yang menang. Jika anda tidak dapat hadir atau berada jauh dari kawasan yang dijelajah oleh geng-geng NoGold Tour, maka hadiah tersebut akan dikirim menggunakan perkhidmatan pos. Jangan risau segala urusan bayaran pos juga akan ditanggung oleh NoGold.Com.

Eh? NoGold Tour, macam menarik saja, yang ini apa pula?
NoGold Tour ialah siri jelajah yang dianjurkan oleh pihak NoGold.Com untuk sessi riadah sambil mengenali ahli forum tidak kira baru atau lama dan untuk merapatkan hubungan silaturahim sambil berkenal mesra serta bertukar-tukar idea atau pendapat.

Saya tidak akan membicarakan lagi mengenai NoGold Tour ini, mungkin diposting akan datang saya akan menceritakan lebih lanjut.

Sekian dari saya mengenai NoGold Mart ini, mungkin ada yang kurang, jika ada pertanyaan silakan kemukakan diruangan Comment atau layari sahaja Forum NoGold.Com untuk maklumat lanjut.

0 comments:

Copyright © 2009 - Aku & Sesuatu - is proudly powered by Blogger
Smashing Magazine - Design Disease - Blog and Web - Dilectio Blogger Template