Happy 4th Anniversary

10Aug2009

Bulan ini genap 4 tahun aku bersama NoGold. Bermula sebagai ahli biasa yang mengetahui laman web ini dari ittutor.net sekadar mencari e-gold pada asalnya. Berjinak-jinak dengan pelaburan internet atau lebih dikenali dengan nama HYIP dan Autosurf. Disinilah aku mengenali beberapa exchanger dengan rate harga yang tidak menentu pernah satu ketika e-gold bernilai sampai RM4.20 utk 1USD. Bayangkan ketika itu hangatnya suasana pelaburan yang sudah kita kenal pasti sebagai Skim Cepat Kaya atau lebih dikenali dengan konsep 4D (Duduk Diam Dapat Duit).

Tidak banyak yang aku ketahui berkenaan NoGold ini selain dari tempat membeli dan menjual e-gold. Itulah niat asal menyertai forum terbabit. Forum asal dibangunkan menggunakan CMS jenis Xoops yang pada pendapat aku tidak berapa mesra firewall (tempat akulah). Namun mungkin Admin mendengar rintihan hati aku (hehehe perasan), forum telah dinaik taraf menggunakan VBulletin sepenuhnya. Lagi kemas dan juga nampak profesional.

Pelbagai perkara berlaku namun aku tetap setia disini, yang memang tabiat aku suka berforum, cuma aku ni jenis forumer yang suka register untuk satu forum sahaja. Maka NoGold sahaja pilihan hati. Terima kasih kepada founder NoGold iaitu Yang Berbahagia Tuan Mightyhitter (gila bodek) kerana menyediakan platform untuk aku berkongsi idea dan pendapat. Mungkin rezeki menyebelahi aku, aku berjaya dalam permohonan untuk menjadi Moderator forum, kemudian dilantik pula sebagai Super Moderator dan juga NoGold Crews. Cukuplah setakat ini sahaja jawatan yang diberi, pada aku ianya sudah cukup mencabar kredibiliti aku sebagai manusia yang mempunyai kerjaya tetap dan juga keluarga.

Berbalik pada cerita pelaburan internet, langit tidak selalunya cerah, begitu juga industri HYIP dan Autosurf ini, selepas beberapa gergasi seperti 12DailyPro, SwissCash & ProfitSwinger (sekadar menyebut beberapa nama). NoGold kembali suram dan pada satu ketika NoGold seolah-olah hilang arah dan cuma ahli setianya sahaja yang masih berada disitu. Sudah hilang identiti dan juga slogan 'Profit Maker' yang dibawa satu ketika dahulu juga hanyut ditelan masa. Cuma thread yang berkaitan bola sahaja yang ramai penghuninya. Lain-lain thread bukan tidak dikunjungi tetapi kekurangan posting menyebabkan kurangnya suasana meriah.

Namun sekitar pertengahan 2008, Admin NoGold melakukan transformasi yang menyaksikan sedikit demi sedikit NoGold kembali menyinar. Dimulakan dengan pertandingan NoGold/FXOpen Challenge : Speakout yang bersifat pertandingan thread siapa paling banyak menerima balasan (reply). Aku pernah memenangi tempat Ke-2 pada bulan September dengan tajuk kenapa anda benci Manchester United dan itulah saat manis yang aku rasa belum lagi dapat kuulangi berikutan persaingan yang sengit dari lain-lain peserta.

Dalam masa yang sama juga NoGold menganjurkan satu lagi pertandingan yang tidak kurang meriahnya iaitu NoGold/FXOpen Rocks! yang ini pula pertandingan bersifat siapa yang paling lama online di NoGold dan juga siapa yang paling banyak buat posting disana kemudian dibahagi kepada dua itulah pemenang yang akan kita temui. Lagi satu bonus yang disediakan oleh penganjur iaitu bonus sebanyak USD25 akan dikredit kepada pemegang akaun Real FXOpen pada siapa yang membuat posting melebihi 100 sepanjang 6 bulan pertandingan berlangsung.

Kini pertandingan terbaru anjuran NoGold, tidak lain tidak bukan, satu pertandingan nyanyian berkonsep baru dengan hadiah bernilai RM25 ribu, NoGold SuperStar. Ingin tahu bagaimana untuk menyertai sekaligus memenangi pertandingan ini, sila lihat posting saya yang seterusnya berkaitan dengan NoGold SuperStar.

0 comments:

Copyright © 2009 - Aku & Sesuatu - is proudly powered by Blogger
Smashing Magazine - Design Disease - Blog and Web - Dilectio Blogger Template