Nampak prestasi untuk indeks rasuah di Malaysia mencapai kedudukan yang menghampakan. Bukan semakin baik, tetapi jatuh satu tangga ke tangga yang lain. Rasanya sudah bermacam-macam kaedah dan dasar yang dilaksanakan oleh kerajaan Malaysia dengan harapan untuk memperbaiki tahap indeks rasuah di Malaysia. Hasilnya? Malaysia dilihat sebagai lebih korup daripada sebelumnya hasil kajian oleh Transparency International untuk tahun 2009. Di manakah silapnya?
Adakah ini standard yang kita ada? Indeks rasuah di Malaysia adalah di kedudukan 56 daripada 180 negara di dunia dengan hanya mencapai nilai skor 4.5 daripada 10 berbanding kedudukan pada tahun sebelumnya iaitu pada tangga 49 dengan nilai skor 5.1. Semakin rendah skor yang diperolehi, semakin rendah pencapaian sesebuah negara dalam mengawal kegiatan rasuah. Kita dilihat sama sahaja label dan sebaris dengan negara-negara seperti Namibia, Samoa, Latvia dan juga Slovakia. Apa yang boleh kita banggakan?
Lima negara seperti Switzerland, Sweden, Singapura, Denmark dan juga New Zealand masih mengunguli kedudukan antara negara yang paling bersih dan berprinsip dalam menangani rasuahnya. Somalia masih kekal sebagai negara paling korup di dunia, diikuti oleh Afghanistan, Myanmar, Sudan dan Iraq, Transparency International berkata dalam Indeks Persepsi Rasuah tahunan.
Dalam pada masa yang sama Transparency International Malaysia (TIM) melalui presidennya, Datuk Paul Low mengiktiraf usaha Malaysia dalam menangani rasuah walaupun ranking indeks persepsi rasuah negara tahun ini merosot.
Beliau berkata Transparency International Malaysia percaya satu-satunya cara bagi negara maju ke depan adalah dengan membanteras rasuah secara serius dan mempastikan keputusan dan transaksi kerajaan lebih ketara dan telus. Paul Low bagaimanapun mencadangkan agar kerajaan lebih telus dalam proses pemerolehan dengan melaksanakan ‘perjanjian integriti’ dengan pembekal untuk bertindak sebagai langkahpenghalang bagi mencegah rasuah.
P/S : Adakalanya kita menerima pengiktirafan daripada badan selidik dari negara luar, terus sahaja kita mendabik dada tanda bangga. Apabila kita menerima berita bahawa negara kini semakin jatuh daripada segi indeks rasuahnya, kita perlu menerima hakikatnya dan yang pentingnya berubah dan bertindak daripada sekarang. Tidak perlu menghukum seperti mana yang diterima perasuah-perasuah di China, cukup sekadar “jerung-jerung besar yang masih disimpan” dalam menjalankan kegiatan rasuah diambil tindakan segera dan sewajarnya.
Sumber : http://www.beritasemasa.com
Akhirnya terjawab sudah kadar terbaru BLR Bank-bank di Malaysia, apabila sebelum ini kiita mendengar ura-ura yang mengatakan Bank Negara Malaysia (BNM) dijangka menaikkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetari yang telah diadakan pada 4 Mac lalu setelah mengekalkannya hampir setahun.
Keputusan telah pun dibuat oleh Bank Negara Malaysia (BNM) dengan menaikkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) sebanyak 0.25%. Secara matematiknya, apabila Kadar Dasar Semalaman (OPR) naik Kadar Pinjaman Asas (BLR) juga turut akan terkena tempias dan kesannya.
BANK tempatan menaikkan Kadar Pinjaman Asas (BLR) masing-masing semalam sejajar langkah Bank Negara Malaysia meningkatkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) sebanyak 0.25 peratus, Khamis lalu (4 Mac 2010). Mendahului senarai, Malayan Banking Bhd (Maybank) menyemak semula BLR daripada 5.55 peratus setahun ketika ini kepada 5.80 peratus setahun, berkuat kuasa hari ini (9 Mac 2010) Bank terbesar tempatan itu berkata, kadar pembiayaan Asas (BFR) Maybank Islamic Bhd, turut disemak semula daripada 5.55 peratus kepada 5.80 peratus. Presiden dan Ketua Eksekutif Maybank, Datuk Seri Abdul Wahid Omar,berkata semakan semula kadar faedah itu adalah berasaskan pelarasan dalam OPR. Sementara itu, CIMB Group mengumumkan peningkatan BLR dan BFR untuk CIMB Bank dan CIMB Islamic Bank sebanyak 25 mata asas daripada 5.55 peratus kepada 5.80 peratus, mulai hari ini (9Mac2010). “Ia dibuat susulan pengumuman kenaikan OPR oleh Bank Negara sebanyak 25 mata asas, Khamis lalu,” kata Ketua Eksekutif Kumpulan CIMBGroup, Datuk Seri Nazir Razak. Dalam pada itu, RHB Banking Group menyemak semula BLR bagi RHB Bank dan BFR bagi RHB Islamic Bank daripada 5.55 peratus kepada 5.80 peratus setahun, berkuat kuasa hari ini 9 Mac 2010). Hong Leong Bank Bhd dan Hong Leong Islamic Bank Bhd turut mengumumkan peningkatan BLR dan BFR kepada 5.80 peratus daripada 5.50 peratus berkuat kuasa esok (10 Mac 2010). Asian Finance Bank (AFB) pula menyemak BFRnya daripada 5.50 peratus kepada 5.75 peratus, mulai hari ini (9 Mac 2010)
Apabila BLR/BFR rendah, hutang kita akan jadi rendah. Ini akan menyebabkan rakyat berbelanja. Biasanya ini akan terjadi masa ekonomi negara tengah menguncup. Apabila BLR/BFR naik, hutang kita akan bertambah, ini akan menyebabkan rakyat akan lebih berjimat-cermat ketika berbelanja dan mula membuat simpanan.
Semakan Kadar Pinjaman Asas (BLR) setiap tahun :
Tahun/BLR 2010 – 5.80% 2009 – 6.50% ——> 5.55% 2008 – 6.75% ——> 6.50% 2007 – 6.75% 2006 – 6.00% 2005 - 6.00% 2004 – 6.00% 2003 – 6.50% 2002 – 6.50% 2001 – 6.75% 2000 – 6.75% 1999 – 8.00% 1998 – 10.50% ——> 12.27% 1997 – 9.25% 1996 – 8.50% 1995 – 6.60% 1994 – 8.25% 1993 – 9.50% 1992 – 9.00% 1991 – 7.50% 1990 – 7.00% 1989 – 7.00%
P/S : Kenaikan Kadar Dasar Semalaman (OPR) boleh dikatakan sejajar dengan perubahan visi semasa bank yang hanya menyasarkan peminjam -peminjam yang benar-benar berkualiti sahaja dan mampu menguruskan pinjaman yang telah dilakukan dengan baik. Masih ingat lagi kejatuhan teruk ekonomi USA dek kerana kes gadai janji suprima yang telah mereka laksanakan sehingga memakan diri sendiri?
PP/S : Mungkin itulah yang cuba dielakkan oleh Bank Negara Malaysia (BNM) atau ???
Sumber : http://www.beritasemasa.com
TIDAK lama dulu, ketika mandi saya perasan ada bonjolan kecil di bahagian alat sulit saya. Serta-merta saya menjadi cemas, takut-takut saya menghidap penyakit bahaya.
Pada pandangan saya kes ini tidak sesuai di klinik biasa. Tempat paling layak adalah hospital. Bagaimanapun disebabkan kebimbangan terpaksa menanggalkan seluar bagi membolehkan doktor melakukan pemeriksaan, saya menangguh-nangguhkan pemergian ke hospital.
Selepas beberapa hari, akhirnya saya ke hospital juga. Saya diberi nombor dan kemudian menunggu di depan bilik rawatan. Apabila sedar doktor dalam bilik itu seorang wanit, saya pun bergegas ke kuanter pendaftaran, meminta supaya saya dirawat doktor lelaki.
"Saya ada masalah sakit tuan!" kata saya nekad kepada kerani pendaftaran. Dia tersenyum dan memberikankad giliran lain membuatkan saya 'rasa selamat sikit'.
Apabila tiba giliran, saya pun masuk dalam bilik rawatan, berdebar-debar, sambil berfikir apa yang hendak dibuat jika doktor berkenaan menyuruh saya menanggalkan seluar.
Selepas bertanya penyakit saya, doktor itu menyurah saya baring di atas katil dan dia kemudian menarik langsir.
"Buka seluar," suruhnya.
Dengan rasa malu yang amat sangat, saya pun menanggalkan seluar tetapi setakat lutut saja.
"Buka spender," perintah doktor itu selanjutnya.
Saya terlalu malu untuk melakukannya. Saya menekan-nekan ke arah benjolan itu seolah-olah memnita doktor itu memeriksanya tanpa perlu membuka seluar dalam.
Doktor itu mengeleng-geleng kepala, kemudian memakai sarung tangan dan meraba di tempat di mana saya berasa sakit.
"Selamatlah akhu kali ini," bisik hati saya.
Demikianlah betapa malu sebahagian daripada kita apabila menghadapi saat cemas seperti itu.
Dalam kes saya, sekalipun doktor yang melakukan rawatan adalah lelaki, ia sudah cukup membuatkan saya rasa malu, jadi terfikir oleh saya bagaimana pula perasaan wanita bersalin disambut dan diuruskan bayinya oleh doktor lelaki.
Sudah beberapa kes sampai ke pengetahuan saya, wanita terpaksa menebalkan muka sebelum, ketika dan selepas melahirkan anak kerana dia diperiksa doktor lelaki.
Malah ada wanita Islam mengadu doktor lelaki yang menjahit kemaluan, menyeluk tangan ke dalam peranakan mereka adalah di kalangan mereka yang bukan beragama Islam. Demikian juga ada wanita mengadu doktor pakar yang melakukan rawatan membabitkan anggota sulit seperti mencuci rahim adalah doktor lelaki bukan Islam.
Di sini kewibawaan kita sebagai umat Islam tercabar. Jika selama ini kita mendabik dada kononnya umat Islam di negara ini sudah maju dalam pelbagai bidang kehidupan, mengapa dalam menunaikan tuntutan fardu kifayah ini, kita ketinggalan.
Di manakah laungan pemimpin kita yang menekankan jihad ekonomi, jihad memajukan negara dan seumpamanya sedangkan masalah seperti ini masih berleluasa dalam masyarakat? Marilah kita bersama-sama berusaha keras mendidik anak bangsa kita, terutama yang perempuan agar semakin ramai menjadi doktor pakar perbidanan bagi memenuhi tuntutan fardu kifayah ini.
Sumber : Lanh14