Showing posts with label nogold superstar. Show all posts
Showing posts with label nogold superstar. Show all posts

Ogos 2009 debaran makin terasa

Sudah dua orang ditabalkan sebagai juara NoGold SuperStar peringkat bulanan. Didalam bulan Ogos ini kita dapat menyaksikan beberapa lagi muka baru yang tidak kurang hebatnya. Apa yang pasti kali ini nampaknya peserta perempuan pula yang sedang mendahului.

Adakah trend selang seli akan berlaku? Kita tidak dapat mempastikannya sehinggalah 1 September nanti setelah kiraan dibuat maka akan wujudlah juara ketiga pula. Kali ini nampaknya para pengundi berhati-hati dalam memberi undi, mungkin ini adalah strategi mereka pada saat-saat akhir.

Siapa tahu? mungkin peserta yang pada asalnya kedudukan terbawah boleh memecut dan memotong peserta diatas, inilah yang harus dititik beratkan oleh peserta jika ingin menggapai status sebagai juara. Strategi dan promosi seharusnya berjalan beriringan.

OK, kita lihat pula senarai peserta terkini bagi bulan ini.

Senarai Peserta Bulan Julai 2009
1. cordelia - Matahariku
2. Lavendar - Standing In The Eyes Of The World
3. momok - Tiada Lagi Kidungmu
4. kingnorth - Jujur
5. deale30 - Cari Tapak
6. azizwan - Kasihnya Laila
7. bsmohd - Permainan Duniawi

Single, duet atau berkumpulan

Bagi merancakkan lagi pertandingan NoGold SuperStar telah menggalakkan pula peserta duet atau berkumpulan bagi merebut juara bulanan. Apa yang anda dapat saksikan pada bulan Ogos sudah ada peserta berkumpulan menyertainya. Semoga bertambah lagi pada bulan-bulan berikutnya.

OK, berkaitan dengan perubahan baru ini, diharap kepada bakal peserta dapat menggunakan peluang ini sebaik mungkin terutama kepada peserta yang mungkin malu atau kurang keyakinan untuk beraksi solo.

Diharap juga kepada para peserta untuk memilih lagu yang sesuai untuk pertandingan dan juga lagu yang sesuai dengan 'key note' suara supaya tidak ketara 'sumbang' ketika melayan lagu tersebut. Namun ianya terpulang kepada peserta kerana andalah yang menentukan samada anda layak bergelar juara atau tidak.

Julai 2009 persaingan bertambah hangat

Seperti yang dijangkakan bulan Julai menyaksikan persaingan yang makin hebat dengan jumlah undian yang sangat tinggi berbanding bulan sebelumnya. Namun trend pengundian masih lagi kepada siapa yang aktif diforum orang itulah yang paling banyak diundi, peserta yang bijak ialah peserta yang rajin melayani pengundi mereka, sekaligus mewujudkan kemesraan di antara mereka. Tujuannya satu sahaja, meraih undi untuk kemenangan sebagai NoGold SuperStar ke-2.

Syabas diucapkan kepada para peserta bulan Julai yang menampilkan pelbagai jenis genre lagu. Nampaknya mutu persembahan peserta juga makin meningkat dan diharap untuk bulan Ogos persaingan merebut juara ke-3 bertambah hebat.

Senarai Peserta Bulan Julai 2009


1. wakovic - Memburu Impian
2. rolex - Untukmu Sayang
3. nolie - Keangkuhanmu
4. ladoe - Seni Berzaman
5. kerolz - Berjuta Batu
6. bsmohd - Suralaya Dalam D Major
7. jahar79 - Kamelia

Senarai Pemenang Bulan Julai 2009

1. Nogold Superstar - Memburu Impian by wakovic (645 votes)
2. Nogold Superstar - Untukmu Sayang by Rolex (444 votes)
3. Nogold Superstar - Keangkuhanmu by nolie (95 votes)

Bercambahnya Kelab Peminat

Sejak bermulanya pencarian seorang bintang, kelab-kelab peminat atau Fan Club dengan pantas ditubuhkan oleh peminat masing-masing, disini kita dapat melihat sejauh mana pembabitan peserta dan juga peminat dalam mengatur strategi menarik undi dan juga mempromosi video mereka sendiri.

Peminat juga tidak jemu-jemu menjengah thread artis pujaan mereka, sambil bertukar-tukar pendapat yang diselang-seli dengan pelbagai usikan, menjadikan thread kelab peminat ini hangat, sehangat pertandingan NoGold SuperStar tersebut.

Buat masa ini sudah 10 kelab peminat ditubuhkan, ada yang tersangat aktif, ada pula yg suram. Bukan tiada peminat tetapi gerakan promosi yang kurang membuatkan thread tersebut jauh ketinggalan berbanding yang lain. Kalau dikaji semula pentingnya penubuhan kelab peminat ini, sudah pasti peserta tidak akan melepaskan peluang yang ada.

Jadi kepada anda yang berminat untuk menjadi peserta, jangan lupa untuk menubuhkan kelab peminat anda, kerana tanpa peminat siapalah anda dan juga kurangnya undi untuk anda, ini akan merugikan diri anda sendiri. Sharing is Caring

Jun 2009 bermulanya satu pencarian!

Tepat pukul 12.01am 1 Jun 2009 tempatnya di NoGold.Com satu pencarian seorang bintang telah bermula. Walaupun pada awalnya agak suram dengan penyertaan dari peserta tidak menyerlah hanya dua tiga orang sahaja yang mencuba nasib tetapi pada akhirnya setelah mengharungi 30 hari dengan undian yang bertalu-talu masuk, maka bintang yang pertama akhirnya telah dilahirkan.

Lihatlah senarai peserta yang berani menyahut cabaran NoGold SuperStar dan yang pasti salah seorang dari mereka ini adalah juara dan sekaligus membawa pulang hadiah bulanan berupa RM500 tunai. Bakat terpendam yang ada pada mereka ini telah mendatangkan hasil. Anda bagaimana?

OK kita kembali kepada senarai peserta, apa yang pasti peserta wanita lebih mendominasi pertandingan, adakah kerana rupa? suara? ataupun mungkin sebab lain?

Senarai Peserta Bulan Jun 2009
1. fasTiffany - Dan Sebenarnya
2. wakovic - Tawa Dalam Tangisan
3. jahar79 - Ratuku
4. evildead_78 - Mengintai Langit
5. money teacher - Warm Up
6. emeedeen - Terlalu Istimewa
7. Ayeen38 - Inginku Sandarkan Harapan

Senarai Pemenang Bulan Jun 2009

1. Dan Sebenarnya by fasTiffany (177 votes)
2. Inginku Sandarkan Harapan by Ayeen38 (167 votes)
3. Ratuku by jahar79 (112 votes)

Gambar pemenang

to be continued...

NG$100 per undi, apa tu?

Inilah nilai yang harus dikorbankan oleh setiap pengundi kepada peserta, tetapi sebelum itu, sudah tentu anda akan bertanya "apa itu NG$? Bagaimana nak dapatkannya? Adakah pengundi atau pengunjung forum NoGold.Com perlu membayar untuk memiliki NG$?"

Jawapan kepada persoalan anda itu amatlah mudah. NG$ itu adalah virtual point atau money yang hanya digunakan didalam forum NoGold sahaja. Apa yang perlu anda lakukan ialah membuka thread atau membalas posting pada thread kegemaran anda. Bagi setiap thread yang dibuka anda akan mendapat NG$100 dan jika anda membalas (reply) pada posting dithread rakan anda, anda akan mendapat NG$50, sungguh mudahkan untuk mengumpul NG$

Apa yang pasti anda tidak perlu membayar walau satu sen pun pada NoGold.


Banyak lagi kegunaan NG$ ini tetapi buat masa ini biarlah kita fokus kepada kegunaan NG$ pada NoGold SuperStar ini dahulu.

Jadi sekarang saya rasa apa itu NG$100 per undi, ya! setiap kali anda undi peserta pilihan anda, sistem NoGold akan memotong NG$ milik anda, lebih banyak anda undi lebih banyak pula NG$ anda akan dipotong, jadi perlulah banyak membuat posting untuk mengumpul NG$. lagi satu 'best'nya NG$ ini, setiap kali anda mengundi Bidding Power anda juga akan naik.

Apa itu Bidding Power? OK nanti kita akan cerita lebih lanjut bila sampai masanya. :-)

Format Thread/Topik Peserta NoGold SuperStar

Saya mengandaikan bahawa anda semua sudah pun memuat naik (upload) video anda ke Youtube.Com dan sangat berpuas hati dengan cara nyanyian dan juga lagu yang dipilih. Anda perlu tahu yang pertandingan sedemikian tidak memandang suara anda sedap atau tidak kerana jika suara sedap tetapi anda tidak aktif diforum NoGold dan mempromosi video anda, kemungkinan besar undian untuk anda sudah pasti kurang berbanding peserta lain.

Jadi diharapkan selepas anda mendaftar dengan kami di NoGold.Com aktiflah sekerap mungkin sambil mempromosi video anda, kita juga dapat berkenal-kenalan, bertukar idea serta pendapat, juga sambil itu kita dapat mengumpul NG$ (point dalam NoGold). berkaitan NG$ akan saya ceritakan kemudian.

Jika anda sudah bersedia dengan video anda silalah daftar di NoGold.Com dan dibawah saya sertakan format yang betul (credit to Deale30 - NoGold SuperStar Assistant) untuk dibuka di Forum NoGold setelah anda mendaftar sebagai ahli forum.

Ini adalah perkara yang wajib kepada peserta-peserta NoGold SuperStar.

  1. Tajuk/Topic Thread
  2. Link url Youtube
  3. Ucapan Ringkas
Contoh Format:

Title:
Nogold Superstar - When I'm gone by deale30
*title yg same dgn title youtube video anda
Link:
http://youtube.com/watch?v=24hjdsh
*paste ini sahaja tanpa tanpa insert link atau format
Ucapan :
Sila la dengar nyanyian saya yg sangat sedap ini.

Makluman :

Kepada peserta yang telah membuka thread untuk menyertai NoGold SuperStar, anda tidak perlu membuka thread baru sekirannya thread yang dibuka sebelumnya tidak kelihatan.

Setiap thread penyertaan yang dibuka akan di nilai terlebih dahulu dan tidak akan kelihatan sehingga diperiksa oleh Crew NoGold SuperStar. Pihak pengurusan akan meluluskan Video yang menepati syarat penyertaan dan thread tersebut akan kelihatan dan wujud dalam carian anda. Anda juga akan memperolehi URL untuk undian bagi video anda.

Cara muat naik (upload) video nyanyian anda ke Youtube.

OK, kita sudah tahu apa itu NoGold SuperStar dan juga hadiah yang ditawarkan beserta promosi yang diberikan. Teruja? sudah pasti tetapi sebelum itu kita kenalah belajar dahulu bagaimana caranya pula untuk upload nyanyian kita itu kedalam tempat yang betul iaitu di YouTube.Com

Dibawah disertakan manual yang disediakan oleh NoGold SuperStar Leader iaitu Cik Zureyna

Credit to Zureyna@NoGold.Com

sila rujuk link dibawah untuk mengetahui bagaimana caranya untuk muat naik (upload) video anda dengan 2 cara :-

1) Memuat naik video yang dirakam menggunakan Camcoder/Digital camera ataupun mobile camera ke PC/laptop anda

2) Merekod video terus ke Youtube dengan mengunakan webcam.


Cara muat naik (upload) video ke YouTube.Com

Promosi berkenaan NoGold SuperStar

Ahli-ahli lain boleh turut sama menyumbang kepada kejayaan program ini dengan mewar-warkan tentang NoGold Superstar kepada saudara-mara atau rakan-rakan yang anda fikir berminat untuk menyertai program realiti ini. Penganjur menawarkan hadiah wang tunai RM1000, RM500 atau RM300 kepada mana-mana ahli yang membawa masuk 3 pemenang di peringkat akhir.

Ahli-ahli forum juga diminta untuk mengundi rakaman terbaik peserta diperingkat awal setiap bulan. Setiap undian kepada 3 pemenang bulanan akan memberikan anda satu tiket untuk cabutan bertuah yang menawarkan 10 hadiah misteri.

Intro berkenaan NoGold SuperStar

Intro:
NoGold Superstar adalah satu program realiti pencarian bakat terpendam di kalangan ahli-ahli forum. Dalam program ini para peserta menghantar rakaman nyanyian mereka untuk di undi oleh ahli-ahli forum yang lain. Program berjalan selama 6 bulan dari Jun 2009 - November 2009. Setiap bulan, 3 peserta terbaik akan dipilih berdasarkan undi ahli-ahli yang lain. Di hujung program ini, seramai 18 peserta terbaik akan diadili berdasarkan undian dan juga panel pemilihan. 5 peserta terbaik dari kumpulan ini akan berentap di peringkat akhir dalam satu majlis khas. Seramai 3 orang pemenang akan dipilih semasa persembahan di peringkat akhir oleh juri khas.

Objektif:
1. Mencungkil bakat baru dari kalangan ahli-ahli Nogold.com.
2. Menyokong industri muzik tempatan.
3. Menyediakan platform pilihan bagi khususnya bagi ahli Nogold.com.
4. Paling penting, memberikan 'reward' kepada ahli-ahli nogold yang menyokong perjalanan forum ini.

Hadiah Utama:

Tempat Pertama - Wang Tunai RM10,000
Tempat Kedua - Wang Tunai RM5,000
Tempat Ketiga - Wang Tunai RM3,000

Hadiah Bulanan:

Tempat Pertama - RM500
Tempat Kedua - RM300
Tempat Ketiga - RM100

Cara penyertaan:

1. Anda merakamkan nyanyian sebuah lagu dan di upload ke YouTube.com. Rakaman ini perlu di namakan seperti berikut:
"Nogold Superstar - Tajuk Lagu by nickname".

2. URL rakaman tadi di paste di dalam thread yang anda perlu buka dalam forum section "Nogold Superstar" dengan format tajuk seperti berikut:
"Nogold Superstar - Tajuk Lagu by nickname".

3. Pihak penganjur akan membuat reply pertama di thread berkenaan dengan satu URL khas untuk undian oleh ahli lain. Reply ini menandakan anda penyertaan anda telah diterima masuk ke dalam peringkat awal pertandingan.

Syarat-syarat program:

1. Penyertaan hanya terbuka kepada ahli-ahli forum Nogold.com sahaja. Sekiranya anda bukan ahli, anda boleh mendaftar sebagai ahli forum Nogold.com secara PERCUMA.

2. Penyertaan dalam program ini adalah PERCUMA.

3. Peserta boleh menghantar seberapa banyak penyertaan, tetapi hanya satu penyertaan yang akan layak memenangi peringkat bulanan.

4. Setiap peserta hanya boleh memenangi peringkat bulanan sebanyak sekali.

5. Hanya lagu berbahasa Melayu/Inggeris sahaja yang diterima.

6. Peserta hanya boleh menghantar rakaman nyanyian sendiri.

7. Rakaman perlu memperdengarkan suara dan memperlihatkan wajah peserta dengan jelas.

8. Hanya persembahan solo diterima.

9. Setiap bulan, 3 rakaman terbaik akan dipilih 100% berdasarkan undian ahli-ahli forum yang lain. Undian akan dijalankan dari satu URL khas untuk rakaman berkenaan. Setiap undian bernilai NG$1,000 (bagi undian biasa) dan NG$10,000 (bagi undian diri sendiri) yang akan dipotong dari akaun pengundi. Peserta boleh mengundi rakaman sendiri.

10. Dari 18 pemenang bulanan, 5 peserta terbaik akan dilih untuk ke peringkat akhir berdasarkan 50%dari undian, 50% lagi dari penilaian juri yang disediakan oleh penganjur.

11. 5 peserta di peringkat akhir akan membuat persembahan secara "live". Hanya 3 pemenang dipilih diperingkat akhir berdasarkan 100% pemarkahan panel juri khas yang disediakan oleh pihak penganjur.

12. Peserta boleh memilih lagu sendiri.

13. Sebarang keputusan yang dibuat oleh penganjur dalam program ini adalah muktamad.

14. Penganjur berhak menggunakan rakaman, visual, audio atau gambar pemenang untuk tujuan promosi.

Happy 4th Anniversary

Bulan ini genap 4 tahun aku bersama NoGold. Bermula sebagai ahli biasa yang mengetahui laman web ini dari ittutor.net sekadar mencari e-gold pada asalnya. Berjinak-jinak dengan pelaburan internet atau lebih dikenali dengan nama HYIP dan Autosurf. Disinilah aku mengenali beberapa exchanger dengan rate harga yang tidak menentu pernah satu ketika e-gold bernilai sampai RM4.20 utk 1USD. Bayangkan ketika itu hangatnya suasana pelaburan yang sudah kita kenal pasti sebagai Skim Cepat Kaya atau lebih dikenali dengan konsep 4D (Duduk Diam Dapat Duit).

Tidak banyak yang aku ketahui berkenaan NoGold ini selain dari tempat membeli dan menjual e-gold. Itulah niat asal menyertai forum terbabit. Forum asal dibangunkan menggunakan CMS jenis Xoops yang pada pendapat aku tidak berapa mesra firewall (tempat akulah). Namun mungkin Admin mendengar rintihan hati aku (hehehe perasan), forum telah dinaik taraf menggunakan VBulletin sepenuhnya. Lagi kemas dan juga nampak profesional.

Pelbagai perkara berlaku namun aku tetap setia disini, yang memang tabiat aku suka berforum, cuma aku ni jenis forumer yang suka register untuk satu forum sahaja. Maka NoGold sahaja pilihan hati. Terima kasih kepada founder NoGold iaitu Yang Berbahagia Tuan Mightyhitter (gila bodek) kerana menyediakan platform untuk aku berkongsi idea dan pendapat. Mungkin rezeki menyebelahi aku, aku berjaya dalam permohonan untuk menjadi Moderator forum, kemudian dilantik pula sebagai Super Moderator dan juga NoGold Crews. Cukuplah setakat ini sahaja jawatan yang diberi, pada aku ianya sudah cukup mencabar kredibiliti aku sebagai manusia yang mempunyai kerjaya tetap dan juga keluarga.

Berbalik pada cerita pelaburan internet, langit tidak selalunya cerah, begitu juga industri HYIP dan Autosurf ini, selepas beberapa gergasi seperti 12DailyPro, SwissCash & ProfitSwinger (sekadar menyebut beberapa nama). NoGold kembali suram dan pada satu ketika NoGold seolah-olah hilang arah dan cuma ahli setianya sahaja yang masih berada disitu. Sudah hilang identiti dan juga slogan 'Profit Maker' yang dibawa satu ketika dahulu juga hanyut ditelan masa. Cuma thread yang berkaitan bola sahaja yang ramai penghuninya. Lain-lain thread bukan tidak dikunjungi tetapi kekurangan posting menyebabkan kurangnya suasana meriah.

Namun sekitar pertengahan 2008, Admin NoGold melakukan transformasi yang menyaksikan sedikit demi sedikit NoGold kembali menyinar. Dimulakan dengan pertandingan NoGold/FXOpen Challenge : Speakout yang bersifat pertandingan thread siapa paling banyak menerima balasan (reply). Aku pernah memenangi tempat Ke-2 pada bulan September dengan tajuk kenapa anda benci Manchester United dan itulah saat manis yang aku rasa belum lagi dapat kuulangi berikutan persaingan yang sengit dari lain-lain peserta.

Dalam masa yang sama juga NoGold menganjurkan satu lagi pertandingan yang tidak kurang meriahnya iaitu NoGold/FXOpen Rocks! yang ini pula pertandingan bersifat siapa yang paling lama online di NoGold dan juga siapa yang paling banyak buat posting disana kemudian dibahagi kepada dua itulah pemenang yang akan kita temui. Lagi satu bonus yang disediakan oleh penganjur iaitu bonus sebanyak USD25 akan dikredit kepada pemegang akaun Real FXOpen pada siapa yang membuat posting melebihi 100 sepanjang 6 bulan pertandingan berlangsung.

Kini pertandingan terbaru anjuran NoGold, tidak lain tidak bukan, satu pertandingan nyanyian berkonsep baru dengan hadiah bernilai RM25 ribu, NoGold SuperStar. Ingin tahu bagaimana untuk menyertai sekaligus memenangi pertandingan ini, sila lihat posting saya yang seterusnya berkaitan dengan NoGold SuperStar.

Copyright © 2009 - Aku & Sesuatu - is proudly powered by Blogger
Smashing Magazine - Design Disease - Blog and Web - Dilectio Blogger Template